ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Februari 2022.


1. Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama

Data jelas menunjukkan, sebahagian besar kluster COVID-19 yang melibatkan institusi di bawah KPM adalah yang berlaku di sekolah asrama, iaitu 87.5%.



2. PRN Johor: Penyertaan Pejuang kerana tidak mahu kumpulan rasuah diberi kuasa - Tun M

Penglibatan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang kerana tidak mahu kumpulan yang tidak amanah, rasuah dan mencuri harta rakyat mendapat kuasa.


3. Kes COVID-19 dijangka melonjak beberapa minggu lagi

Kes baharu COVID-19 di negara ini dijangka meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


4. COVID-19: Malaysia rekod 9,117 kes baharu, 11 korban hari ini

Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu terus melonjak apabila 9,117 kes baharu direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu.


5. Kadar kemasukan ke hospital akibat Omicron lebih rendah berbanding Delta - Kajian

Risiko kemasukan ke hospital adalah 75 peratus lebih rendah bagi individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 berbanding Delta, lapor agensi berita Xinhua.


6. Bekas VP Astro maut akibat kemalangan jalan raya

Bekas Naib Presiden (VP) Astro, Marc Lourdes meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM40 Jalan Kota Baru-Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu.


7. Tun Mahathir dibenar keluar dari IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 8.40 pagi ini.


8. Harga ayam di Selangor dijual RM8 sekilogram

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8 sekilogram di semua premis jualan di bawah seliaan agensi itu.


9. MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia

Pelumba MotoGP pasukan Aprilla Racing, Aleix Espargaro telah mengemukakan permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia selepas warga Sepanyol itu dikatakan tidak mematuhi protokol gelembung sukan yang ditetapkan untuk Ujian Musim Sejuk di sini, Khamis lepas.


10. 34 kesan tikaman di badan isteri dibunuh suami

Bedah siasat ke atas wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh suaminya, sebelum lelaki itu terjun dari tingkat 12 rumah mereka di Paya Terubong, di sini semalam mendapati terdapat sebanyak 34 kesan tikaman di badan mangsa.