ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Februari 2022.


1. Kes rasuah projek solar ditangguhkan, peguam Rosmah positif COVID-19

Perbicaraan kes yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak ditangguhkan kepada 23 Feb nanti.


2. Paul Yong kontak rapat, perbicaraan ditangguh bulan depan

Ia ekoran tertuduh perlu menjalani kuarantin kendiri kerana dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada adik iparnya yang positif COVID-19.

3. Kes bayi maut ditikam: Ibu muda 15 tahun didakwa di mahkamah

Suspek berusia 15 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

4. DUN Sarawak luluskan RUU gantikan Ketua Menteri kepada 'Premier'

Dalam sesi undian selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada petang Selasa,67 ADUN menyokong pindaan tersebut manakala enam Ahli Dewan Biasa tidak bersetuju.

5. PRN Johor dirancang 'Kluster Mahkamah', ada kesan besar selepas PRU15 - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kesan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terhadap Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah amat besar terutama dalam menyelesaikan kes dihadapi 'Kluster Mahkamah'.

6. Piala AFF: Myanmar umum tarik diri, Malaysia raih kemenangan percuma

Situasi itu menyaksikan skuad negara memperoleh kemenangan percuma sekali gus tiga mata berjaya diraih Malaysia.

7. Mayat lelaki ditemukan di panggung wayang lama dengan kesan tetakan dan dibakar

Seorang lelaki maut dipercayai ditetak pada tangan dan muka sebelum mayatnya dibakar di dalam bangunan panggung wayang lama di Jalan Simpang Kuala, Alor Setar, hari ini.

8. Malaysia-Brunei secara dasar setuju laksana VTL - PM

Beliau berkata persetujuan itu dicapai hasil perbincangan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan hari ini.

9. Kematian dua kanak-kanak pelarian: Malaysia masih layan atas prinsip kemanusiaan

Pensyarah Kanan Institut Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Aizat Khairi berpandangan, kerajaan Malaysia masih lagi melihat kelompok pelarian di negara ini dari sudut prinsip kemanusiaan.

10. Warisan sah bertanding di PRN Johor

Parti Warisan secara rasmi akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melalui platform Parti Warisan Johor.