ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Mac 2022.

1. Rakyat Malaysia di Rusia selamat, keadaan tenang - Kedutaan

Semua rakyat Malaysia termasuk pelajar di Rusia ketika ini berada dalam keadaan selamat kerana situasi keseluruhan di negara itu adalah tenang dan aman, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. 

2. KPT dicadang gubal dasar baharu berkaitan TVET - PM

Kementerian Pengajian Tinggi dicadangkan untuk menggubal dasar baharu berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

3. PRN Johor: Syor larang bawa telefon bimbit ketika mengundi - Mohd Rafiq

SPR digesa melakukan penguatkuasaan lebih ketat, termasuk melarang pengundi membawa masuk telefon bimbit ke dalam pusat pengundian, kata Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. 

4. Azmin cabar Najib berdebat isu Felda

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengannya mengenai isu Felda. 

5. Tidak perlu permit solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi - MoHU

Berikutan pemansuhan semua sekatan COVID-19 oleh Kerajaan Arab Saudi, Kementerian Haji dan Umrah negara itu turut mengumumkan kelonggaran untuk tidak lagi mewajibkan permit bagi ziarah dan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bermula Sabtu, 5 Mac.

6. Kalau tak idam jadi PM, kenapa beri bayangan akan kembali? - Zahid persoal Muhyiddin

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaku tidak pernah berhasrat untuk menjadi perdana menteri.

7. PICKids: Vaksin CoronaVac diluluskan secara bersyarat, mula digunakan 7 Mac - Dr Noor Azmi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan vaksin CoronaVac terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) bermula esok (7 Mac).

8. Debat dengan Najib: 'Saya lebih tahu tentang Felda' - Azmin

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau adalah individu yang paling layak berdebat dalam isu Felda dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

9. Penyediaan lokar di sekolah rendah tangani isu beg berat - Radzi

Penyediaan lokar di sekolah rendah secara berfasa mulai tahun ini akan dilaksanakan sebagai pendekatan menangani isu beg berat murid.

10. COVID-19: Individu positif tidak perlu ujian ulangan selepas selesai kuarantin - KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) menekankan ujian ulangan tidak perlu bagi individu positif COVID-19 yang selesai menjalani kuarantin.