ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 April 2022.
1. Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir - Polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
2. Pelitup muka bukan perubatan perlu dapatkan perakuan SIRIM mulai 4 Julai
Berkuat kuasa 4 Julai depan, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
3. Peranti rokok elektronik wajib diperakui, penandaan SIRIM
Semua pengilang dan pengimport peranti rokok elektronik di negara ini diwajibkan untuk membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
4. Kerajaan umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 buat pesara
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
5. Balu Allahyarham Jamaludin Jarjis mohon pinda tuntutan saman harta sepencarian RM1 bilion
Puan Sri Kalsom Ismail, balu bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter, telah memfailkan permohonan bagi meminda tuntutan samannya terhadap empat anak dan ibu mentuanya berhubung harta sepencarian kira-kira RM1 bilion.
6. 2 juta kenderaan dijangka masuk Kelantan Aidilfitri nanti - Polis
Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan sempena sambutan Aidilfitri nanti, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
7. Youtuber terkenal ditahan polis, bantu siasatan kematian kekasih
Seorang Youtuber terkenal ditahan polis negeri ini susulan kematian teman wanitanya dalam kejadian di sebuah kediaman kenalan mereka di Teluk Kumbar, Pulau Pinang Sabtu lalu.
8. Pandelela, Nur Dhabitah bergabung semula
Peminat sukan terjun bakal menyaksikan dua penerjun terbaik negara Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri kembali bergandingan pada temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam dijadual pada 12 hingga 23 Mei ini.
9. Lembaga pengarah diperdaya wang pelaburan 1MDB diperoleh kembali - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lembaga pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperdaya apabila pengurusannya memberi bayangan bahawa wang pelaburan 1MDB akan masuk semula ke dalam dana syarikat pada 2014.
10. PDRM sahkan mangsa bunuh di Australia rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mayat mangsa bunuh yang ditemukan di barat laut Bathurst di New South Wales, Australia pada 3 April lalu adalah rakyat Malaysia.