ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 April 2022.
1. Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji bantuan khas kewangan hari raya
nggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.
2. Ismail Sabri tegaskan tidak pernah rayu parti politik untuk terus jadi PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalkan sokongan mereka terhadapnya supaya terus menjadi Perdana Menteri.
3. Mayat bayi lelaki 4 bulan ditemui dalam tong sampah
Polis telah berjaya menangkap seorang wanita warga asing dan teman lelakinya yang merupakan warga tempatan.
4. Pengembara antarabangsa boleh ambil RTK-Ag dalam 24 jam, di luar lapangan terbang - MAHB
Pengembara antarabangsa yang tiba di negara ini melalui laluan udara tidak diwajibkan mengambil ujian RTK-Antigen di lapangan terbang seperti yang dilaporkan sebelum ini.
5, Mahkamah benarkan Ahmad Zahid dapatkan pasport untuk tunaikan umrah April ini
Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasportnya bagi mengerjakan umrah.
6. Nombu Kanji, resepi warisan India Muslim sempena Ramadan di Pulau Pinang
Sumbangan besar kaum ‘Jawi Peranakan’ di Pulau Pinang dalam sejarah pemodenan negeri itu, sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
7. Tiada lagi penggiliran di sekolah bermula 17 April - Radzi
Pelajar sekolah rendah dibenarkan untuk kembali ke sesi persekolahan tanpa penggiliran bermula 17 April ini.
8. 'Saya gigit Bella sebab Siti Bainun suruh' - Saksi
Seorang penghuni Rumah Bonda memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat bahawa dia menggigit perut seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down dikenali Bella selepas diarahkan pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali.
9. Najib perlu fail permohonan untuk diwakili Peguam Diraja selewat-lewatnya akhir Mei
Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memfailkan permohonan untuk melantik Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom mewakili beliau dalam rayuan terakhirnya bagi kes membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada akhir Mei.
10. PN sokong pindaan Perlembagaan berkaitan antilompat parti - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya menyokong dan menyambut baik semangat serta matlamat di sebalik cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan antilompat parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.