ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Mei 2022.

1. COVID-19: Kes harian turun bawah 1,000, sembilan kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,564 orang.

2. Kisah dari kaki lima, cerita jarum, kasut dan insan di sebaliknya

Ini kisah Rahmat, ‘penghulu’ tukang kasut di sebuah kawasan berhampiran pasar raya popular di Gombak.

3. Pemandu Audi A4, Toyota Wish memandu secara berbahaya ditahan

Polis telah menahan dua lelaki yang memandu secara berbahaya di Kilometer 268 hingga 238 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan susulan tular rakaman video kejadian itu di media sosial Ahad lalu.

4. Sampah bertaburan di laluan CSR Lipis-Merapoh: Masyarakat perlu sama-sama bertanggungjawab - ADUN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berharap pengguna laluan CSR Lipis-Merapoh wajar menjaga kebersihan sepertimana jalan raya dan lebuh raya di negeri lain.

5. Desak PRU awal tindakan ganggu kestabilan - Nazri

Kestabilan yang sedang dikecapi sekarang tidak perlu dikucar-kacirkan dengan desakan agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

6. JKNPP sahkan kematian Pegawai Perubatan Siswazah, tunggu laporan akhir bedah siasat

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP)hari ini mengesahkan kakitangan Hospital Pulau Pinang yang terjatuh dari bangunan kediamannya pada 17 April lepas, merupakan Pegawai Perubatan Siswazah.

7. Kes tembak di Bukit Bintang: Polis kesan dua lelaki bantu siasatan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua suspek terbabit berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an, manakala seorang lagi lelaki tempatan ditahan di lokasi kejadian semalam (Selasa).

8. Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Norlela Ariffin hari ini mendakwa doktor junior di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah sekian lama menanggung waktu pekerjaan yang tidak berperikemanusiaan.

9. Bomba tangkap buaya di tengah jalan di Johor

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor menangkap seekor buaya dengan ukuran panjang 4.6 meter yang berada di tengah jalan di Jalan Tiong Nam, Jalan Bypass Rapid Pengerang, tengah malam tadi.

10. Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 11 Mei.