awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Mei 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Mei 2022.
1. Isu kelewatan penerbangan: AirAsia akan beri penjelasan dalam 24 jam - Alexander Nanta Linggi
“Tiada ‘sembang kari’, cakap tak serupa bikin, ‘siasat dan siasat’ atau sekadar berpeluk tubuh dalam isu ini."
2. Dua laporan kes buli doktor pelatih di Negeri Sembilan - Exco
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan pada bulan Mac dan April lalu.
3. PM Ismail Sabri tiba di London
Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Luton pada 2 pagi (9 pagi waktu Malaysia) disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Zakri Jaafar.
4. Debat Perdana Anwar-Najib: Siapa lebih bernas?
Masa yang dinanti hampir tiba! Selepas sekian lama menunggu, Debat Perdana membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya membuka gelanggang dari Auditorium MATIC di ibu negara, pada Khamis, 12 Mei 2022.
5. Syarikat penerbangan diarah selesai isu teknikal dengan segera - Ka Siong
Syarikat penerbangan terbabit dalam aduan-aduan penumpang di media sosial diarahkan untuk segera menyelesaikan isu teknikal secepat mungkin.
6. Isu video tular mirip penasihat agama Majlis Raja-Raja: "Saya ada tonton video itu, tapi ..." - MB Perak
Belum ada maklumat sahih berhubung isu video tular yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.
7. Zizie Izette mengaku terima wang RM2.8 juta: Saksi
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa Datin Seri Zizie Izette A Samad pernah memaklumkan ada menerima wang RM2.8 juta kerana bertindak sebagai ‘orang yang memperkenalkan’ berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.
8. Pengurusan 1MDB mesyuarat di London bincang dana tambahan RM1 bilion - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diadakan di London pada 16 Mei 2011 bagi membincangkan mengenai perjanjian pelaburan tambahan RM1 bilion, usaha sama 1MDB-PetroSaudi menerusi Perjanjian Pembiayaan Murabaha.
9. MAVCOM arahkan syarikat penerbangan serah data gangguan jadual penerbangan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengarahkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menyerahkan semua data berhubung gangguan jadual penerbangan sepanjang tempoh perayaan dari 29 April hingga 9 Mei lalu.
10. Bayi 11 bulan maut di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dikejarkan ke hospital, selepas didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuh di Kajang, pada Isnin.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#berita dalam negara
#Berita AWANI
#Berita Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan