ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Mei 2022.

1. DUN Sarawak: Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata usaha tersebut sedang bergerak secara kondusif di antara kerajaan persekutuan dan negeri melalui beberapa pindaan.

2. Ringgit cecah RM4.4 berbanding dolar AS, terendah sejak Mac 2020

Pada jam 9.19 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4050/4080 berbanding dolar AS.

3. HFMD: Perak akan tutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes membimbangkan

Kerajaan Perak akan menutup taska, tadika dan pusat jagaan di negeri ini, sekiranya kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan angka yang membimbangkan.

4. 1MDB: "Saya tak mengadu kepada Najib kerana menaruh syak wasangka" - Mohd Bakke

Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak membuat aduan mengenai penyelewengan yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia adalah berkaitan syak wasangka beliau terhadap bekas Perdana Menteri itu sendiri.

5. KKM kaji cadangan tidak pamer jenama produk rokok - Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji cadangan untuk tidak mempamerkan pembungkusan jenama produk rokok, selari dengan penggubalan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok.

6. Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jaminan beliau tidak akan mengganggu atau mencampuri tugas dijalankan pasukan petugas khas bebas untuk menyiasat isu buli di hospital.

7. Dua pelatih Puspen Raub ditemui lemas dalam tasik

Dua pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jalan Gesing-Kampung Kundang Patah di sini, lemas ketika mandi di tasik dalam kawasan pusat berkenaan, pada Khamis.

8. Wang kepada Zahid untuk dana politik bukan rasuah - Saksi

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu wang yang diberikan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan politik.

9. Murid Tahun 4 sempat hadir sambutan Aidilfitri di sekolah sebelum maut digilis lori

Seorang murid perempuan Tahun Empat maut digilis lori selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, di sini, pada Khamis.

10. Jakim giat jejak 'The Hood Man' isu penyembelihan di Australia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggiatkan usaha menjejaki lelaki dikenali di media sosial sebagai 'The Hood Man' (Abdullah) bagi membantu siasatan terhadap dakwaan loji penyembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa lelaki itu sebagai tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.