ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Ogos 2022.

1. Jangan guna alasan takut Parlimen tergantung bagi halang PRU diadakan - Ahmad Zahid

Parlimen tergantung bukan situasi yang teruk seperti digambarkan pihak tertentu, malah tidak menyebabkan kemusnahan sesebuah negara atau ekonomi terjejas teruk.

2. Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, isteri kedua kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mempunyai kaitan dengan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).

3. [LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Tergempar UMNO

Difahamkan pertemuan khas tersebut adalah berkenaan dengan masa depan parti tersebut.

4. Kiamat iklim 2040? Malaysia antara negara terjejas

Malaysia menjadi antara negara dunia yang bakal dilanda kiamat iklim, diramal pada tahun 2040, bermakna 18 tahun lagi. Kenapa kiamat? Benarkah ia begitu mengerikan sehingga dipanggil kiamat?

5. Skandal LCS: 'Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya' - Dr Latiff

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad hari ini menafikan individu bernama Zainab Mohd Salleh, seperti yang tular dalam beberapa laporan berita sebelum ini, adalah isteri kepada beliau.

6. Tiga pertuduhan dadah: Mahkamah tetapkan perbicaraan Yasin pada Mac tahun depan

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula Mac tahun depan bagi perbicaraan tiga pertuduhan dadah yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman, 47.

7. Radzi tepis desas-desus jadi calon Parlimen Putrajaya

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin hari ini menepis desas-desus akan bertanding di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) susulan kekerapan menghadiri pelbagai program di pusat pentadbiran kerajaan itu sejak akhir-akhir ini.

8. 'Kalau saya perasuah, pasti sumbangan wang dibuat atas nama saya' - Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan di Mahkamah Tinggi hari ini sekiranya beliau seorang perasuah, pastinya wang RM2 juta yang diterima daripada seorang pengarah syarikat akan dibuat atas nama beliau sendiri dan bukan ditandakan sebagai 'sumbangan politik'.

9. Laporan audit forensik LCS kini boleh diakses orang awam

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Audit BHIC, Dr Salihin Abang, tindakan itu selaras dengan keputusan jemaah Menteri pada 17 Ogos lepas.

10. Majoriti Ketua Bahagian UMNO tolak usul desak PM campur tangan kes SRC - Sumber

Ramai ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut didakwa tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama UMNO.