ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Disember 2022.

1. Jawatan Timbalan Menteri: 'Gembira tapi ada kerisauan' - Adam Adli

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim menganggap jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang digalasnya sekarang merupakan tanggungjawab besar yang tidak boleh dipandang ringan.

2. Cemas rumah sewa dihuni dua keluarga ditimbus tanah runtuh

Dua keluarga berhadapan detik cemas apabila rumah sewa didiami mereka ditimbus tanah runtuh ketika hujan lebat di Kampung Mela, dekat Lipis, pada Sabtu. 

3. Fokus bekerja bantu rakyat bukan cari silap parti lawan - Shahidan

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta terus fokus bekerja untuk membantu rakyat bagi menangani kos sara hidup dan bukannya mencari kesalahan parti lawan.

4. Liwat dan lakukan seks luar tabii terhadap anak, lelaki dipenjara 8 tahun

Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan atas pertuduhan melakukan liwat dan seks oral terhadap anak perempuannya.

5. Tiada 'rider' digunakan sewaktu di luar urusan rasmi - Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli masih berpegang kepada prinsip tidak perlu perkhidmatan polis pengiring atau ‘rider’ untuk ahli Jemaah Kabinet, melainkan ia adalah untuk urusan rasmi.

6. Pengasas Public Bank, Teh Hong Piow meninggal dunia

Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.

7. Siling Dataran Pahlawan runtuh, pekerja sempat selamatkan diri

Seorang pekerja kedai bersama pelanggan dan bayinya nyaris cedera dihempap runtuhan siling di Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Megamall di Banda Hilir dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.

8. Arab Saudi umum pengeluaran lebih 4 juta visa umrah bagi 1444 Hijrah

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pengeluaran lebih 4 juta visa umrah kepada semua jemaah dari seluruh dunia dalam tempoh lima bulan, sejak awal musim umrah bagi tahun 1444 Hijrah.

9. Keluar Bersatu: Azalina tunggu laporan AG mengenai empat ahli Parlimen Sabah

Beliau berkata dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, keputusan muktamad adalah terpulang kepada Speaker (Dewan Rakyat) dalam masa 21 hari, selepas notis diberikan kepada beliau.

10. LAPORAN KHAS: Penduduk derita, pengusaha tapak sampah haram 'kaya-raya'

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dilaporkan berkata, wujud faktor gangsterisme yang dipercayai menjadi penghalang terhadap pihak berkuasa untuk melakukan tindakan.