awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2023
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Januari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Januari 2023.
1. Kerajaan Sarawak mahu Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasanya
Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan untuk tidak meneruskan status Pelabuhan Bintulu, pelabuhan laut dalam yang terletak kira-kira 626 kilometer utara dari sini, sebagai sebuah pelabuhan persekutuan.
2. Taikun terkenal Labuan, Peter Kong meninggal dunia
Ahli perniagaan terkenal Labuan Datuk Seri Peter Kong yang juga pengasas perkhidmatan feri Ro-Ro pulau itu, meninggal dunia tengah hari semalam di Hospital Nukleus Labuan pada usia 65 tahun.
3. Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
Ipoh digelar bandar paling murah di Asia dan dunia bagi persekolahan antarabangsa pada 2022, berdasarkan kajian Pangkalan Data Sekolah Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
4. UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding
UMNO hari ini memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
5. Hishammuddin maklum terima surat digantung keahlian UMNO
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan menerima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun.
6. Belasah bapa dengan kayu, lelaki dipenjara enam tahun
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul bapanya berusia 71 tahun menggunakan sebatang kayu.
7. Menu Rahmah: Lebih 15,000 restoran tawar juadah RM5 bantu golongan B40 - Salahuddin
Menu Rahmah berharga RM5 yang bertujuan membantu golongan B40 akan ditawarkan di lebih 15,000 premis makanan di negara ini bermula Selasa.
8. Azizulhasni cipta rekod, Pandelela kembali raih Olahragawati Kebangsaan
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021, hari ini.
9. Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia naik ke tangga 61, skor turun 1 mata
Malaysia berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021.
10. Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya.
Topic Berkaitan
#berita tempatan pilihan
#berita Malaysia
#Berita AWANI
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan