ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Jun 2023.
1. Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Perdana Menteri turut mempersoalkan sama ada kenyataan Menteri Besar Kedah itu dibuat kerana mahu mengekalkan 'kuasa' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
2. Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Hakim Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Ampang itu atas alasan mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 iaitu mahkamah tidak boleh mendengar apa-apa pertikaian dalaman parti.
3. 10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.
4. Bapa mengaku tidak bersalah biar anak makan biskut kanabis
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Selasa atas pertuduhan cuai membiarkan anak perempuannya memakan biskut mengandungi kanabis, minggu lalu.
5. Suami Siti Nuramira didenda RM16,000 buat video jelik
V Alexander Navin, 39, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kes di hadapan Hakim, Azrul Darus.
6. RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun ini - Dr Zaliha
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini untuk bacaan kali pertama.
7. Kit Siang 'setaraf' dengan Nik Aziz, seloroh Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara berseloroh, mendakwa veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang merupakan individu yang setaraf dengan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
8. 'Kapalnya tak sampai-sampai' - Syed Saddiq persoal siasatan kes LCS
Syed Saddiq membangkitkan persoalan berhubung siasatan kapal tempur pesisir yang tiada sebarang perkembangan terbaharu selain kos keseluruhan projek berkenaan meningkat kepada RM11.2 bilion.
9. Agong seru jemaah, rakyat Malaysia ambil pengajaran perpaduan dalam ibadat haji
Jemaah haji dan seluruh rakyat Malaysia diseru agar mengambil pengajaran daripada kesatuan serta perpaduan umat Islam ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.
10. Kenyataan Sanusi: PDRM terima laporan, buka kertas siasatan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri itu.
Astro Awani
Tue Jun 06 2023

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Jun 2023.

Mahkamah Tinggi bebaskan lima rakan daripada tuduhan bunuh Nhaveen
Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh dan mencederakan mangsa buli T. Nhaveen, enam tahun lepas.

'Kat mananya aku buat fake account?' - Ira Kazar jawab tuduhan ganggu Puteri Sarah
Ira bagaimanapun menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama isteri kepada aktor Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menegaskan dia tidak pernah mewujudkan akaun palsu seperti yang didakwa.
AWANI Ringkas: MIDF urus RM3.5 bilion pembiayaan patuh syariah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri mulai esok
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri hingga 4 petang ini.
Filipina, AS, UK, Jepun, Kanada mulakan latihan tentera laut di Laut China Selatan
Pasukan tentera laut dari Filipina, Britain, Kanada, Jepun dan Amerika Syarikat memulakan latihan tentera laut secara bersama di Laut China Selatan sebagai reaksi balas kepada tindakan China yang menghalang nelayan Filipina daripada menjalan aktiviti perikanan di kawasan pertikaian tersebut.
Indonesia nafi jerebu melintasi ke Malaysia
Indonesia menafikan dakwaan kebakaran yang berlaku di negara itu menyebabkan jerebu di Malaysia.
Penolong pengurus eksekutif hotel didakwa cabul bekas penyampai berita popular
Seorang penolong pengurus eksekutif sebuah hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang bekas penyampai berita wanita terkenal yang juga rakan sekerjanya, tiga bulan lalu.

Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
PAS tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
PAS memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kemaman.

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Oktober 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Oktober 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 September 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 September 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 September 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.