MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Disember 2023.
KURANG 24 jam sebelum sepak mula ….
Bila bercakap tentang final, segala ayat hebat akan keluar dari kotak fikiran.
Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin maut dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.
Kerajaan bersetuju mengekalkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen dalam botol sebagai usaha membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lepas, tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan serta orang ramai.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama empat hari bermula Ahad ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi, ekoran penumpuan angin yang dijangka berlaku di Timur Semenanjung.
Peguam utama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menuduh penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Mohd Roslan 'tidak bebas' dan bersekongkol dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II di Pejabat Peguam Negara Datuk Raja Rozela Raja Toran adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengguna diminta supaya berhati-hati dan menyemak kesahihan produk yang menggunakan jenama dari Palestin sebelum membuat pembelian memandangkan terdapat aduan mengatakan banyak produk tiruan mendakwa kononnya berasal dari negara itu di pasaran.
Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan 'quadrable' berganda apabila melakar kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC dalam aksi final Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat malam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami