ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Februari 2024.


1. Remaja melecur di kepala kebakaran rumah, tadika di Taman Johor

Seorang remaja lelaki melecur tahap dua pada bahagian kepala dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres satu tingkat dan sebuah tadika di Jalan Ledang Taman Johor di sini, malam tadi.



2. Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda

Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu, bulan lalu.


3. Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone

Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu yang membawa kepada pertempuran di Kampung Tanduo.


4. Masalah pendawaian elektrik punca kebakaran Flat Sri Sabah

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kebakaran yang berlaku di Flat Sri Sabah, di sini, pada hujung minggu lalu berpunca daripada masalah pendawaian elektrik yang berlaku di unit tiga di tingkat 17.


5. Pesawat ringan terhempas Klang: Operasi SAR sedang dijalankan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 1.56 tengah hari.


6. Tiga remaja lemas, mangsa terakhir ditemui

Mayat mangsa ketiga yang lemas di Sungai Sempit Kampung Tanjung Batu Segari, Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemui jam 5.05 petang Selasa.


7. Pesawat terhempas Klang: Dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter - Polis

Pihak polis mengesahkan nahas udara yang berlaku di Kampung Tok Muda, Kapar pada Selasa, telah mengorbankan dua nyawa.


8. Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).


9. Teks ayat, cara tulisan diberi Ebit Lew sama dengan mangsa lain - Saksi

Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa ayat dan cara tulisan dalam teks diberikan Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew kepadanya, sama dengan teks diberikan kepada mangsa yang lain.


10. Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan memanjangkan isu cadangan untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).