ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 April 2024.


1. Jaafar Onn meninggal dunia 

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang).



2. Ramalan awal MetMalaysia: Hujan lebat menjelang Aidilfitri

MetMalaysia menggalakkan semua untuk menyemak ramalan cuaca di kawasan masing-masing pada tarikh Hari Raya nanti.


3. Robert Tan didakwa perdaya MoF anugerahkan kontrak RM3.9 bilion kepada Spanco

Taikun yang membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu.


4. Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart mohon ampun kepada Agong, umat Islam

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai di Istana Negara pada Rabu.


5. Kelantan, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan umum pemberian bantuan Aidilfitri

Beberapa lagi negeri hari ini mengikuti langkah kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri untuk penjawat awam negeri masing-masing.
 

6. Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan

Ahli MKT, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia bukan berkaitan sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan Dr Akmal berhubung isu berkenaan, tapi keputusan sudahpun dibuat mengenainya.


7. Klip video raya: MCMC rakam percakapan Aliff Syukri 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC


8. Lapor jika ada akaun media sosial salah guna nama Agong, Raja Permaisuri

Orang ramai digesa untuk melaporkan kepada mana-mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.


9. Kupang beracun di PD: Keputusan analisis makmal diketahui esok - DoF 

Keputusan analisis makmal sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya terhadap kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka diketahui pada Khamis (4 April), kata Jabatan Perikanan (DoF).


10. Dakwaan Malaysia tidak anjur tilawah al-Quran tahun ini tidak benar

Dakwaan yang tular di media sosial kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.