Skip to main content

[TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Februari 2026.

  1. Lima sekeluarga maut di sebuah rumah di Kuantan, disyaki dibunuh

    Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, di sini, pagi ini.

  2. "Hari ini Tahun Baharu Cina, kita fokus hal perpaduan" - PM Anwar

    Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tumpuan utama pada sambutan Tahun Baharu Cina har ini adalah memperkukuh perpaduan rakyat dan enggan membincangkan isu-isu lain yang boleh mengganggu keharmonian.

  3. Pengarah JPJ Perak menyamar jadi penumpang, bongkar kesalahan bas ekspres

    Taktik penyamaran sebagai penumpang bas ekspres yang digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak berjaya membongkar kesalahan yang dilakukan pemandu dalam Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026.

   4. Bunuh lima sekeluarga: Masalah kewangan mungkin jadi punca suspek bertindak - Polis

       Polis tidak menolak kemungkinan masalah kewangan dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak mencederakan empat ahli keluarganya sehingga maut pada Selasa.

Advertisement

 

   5. Faiq tidak benarkan maklumat penahanan di Jepun didedahkan - Wisma Putra

       Rakyat Malaysia, Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani yang kini ditahan di Jepun tidak memberi persetujuan kepada kerajaan negara itu untuk dedahkan.          maklumat penahanannya. 

 

  6. Pengerusi PN baharu ditentukan Ahad ini - Takiyuddin

     Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bakal ditentukan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu yang dijadual berlangsung Ahad ini.

 

7. Umat Islam di Malaysia mula puasa pada Khamis

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Khamis, iaitu 19 Februari 2026.

 

8.  Kebenaran mercun "Pop-Pop", "Happy Boom" tertakluk permit ketua polis daerah - KPN

Kebenaran pemilikan dan pengimportan bunga api jenis "Pop-Pop” dan "Happy Boom" sempena Tahun Baharu Cina masih tertakluk pada permit yang dikeluarkan oleh ketua polis daerah serta pematuhan spesifikasi dan syarat ditetapkan.

 

9. JSPT cadang pemasangan 'dashcam' pada kereta polis

Cadangan pemasangan kamera papan pemuka pada setiap kereta polis akan dibawa kepada Ketua Polis Negara dalam masa terdekat bagi memudahkan tugasan penguatkuasaan di lapangan.

 

10. Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu - Penganalisis

Perikatan Nasional (PN) dijangka terkubur sekiranya BERSATU pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi sehaluan dengan Pas. 

 


 


 


 


 

 

 


 

Must Watch Video