awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Mac 2025.
1. Enjin kanan terbakar, pesawat AirAsia lakukan pendaratan cemas
Seramai 171 penumpang dan kru AirAsia pesawat AK128 mengalami detik cemas apabila kapal terbang dinaiki mereka mengalami kebakaran pada enjin kanan.
2. ‘Terror’, ‘Alamak’ pun dah masuk Oxford
OXFORD English Dictionary (OED) sekali lagi mengiktiraf pengaruh bahasa Malaysia dan Singapura dengan kemasukan beberapa perkataan baharu dalam kemas kini terbarunya.
3. KPM laksana pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya mulai 21 April 2025 secara berperingkat.
4. Pemain badminton Malaysia bertunang dengan pemain badminton Jepun
Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu.
5. Jadikan Masjid MADANI pusat komuniti setempat - PM Anwar
Anwar berkata pembinaan masjid di tengah kota itu menyerlahkan falsafah pembangunan yang berakar daripada akidah Islam.
6. AirAsia sahkan tiada kebakaran enjin pada penerbangan AK128
AirAsia mengesahkan tiada kebakaran enjin berlaku pada penerbangan AK128 yang terpaksa berpatah balik ke KLIA Terminal 2 kerana masalah teknikal.
7. Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB akibat aliran dana ke akaun peribadi - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak dikenal pasti sebagai suspek dalam siasatan Bukit Aman terhadap dana kekayaan berdaulat tersebut.
8. Pensyarah didakwa lakukan seks guna objek, persetubuhan luar tabii terhadap pelajar
Seorang pensyarah di sebuah institut kemahiran di sini didakwa di Mahkamah Sesyen Kemaman atas lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek dan persetubuhan luar tabii terhadap dua pelajarnya tahun lepas.
9. Boleh pinjam RM5,000? - 'Scammer' guna nama Speaker Dewan Rakyat
"Selamat pagi, boleh pinjamkan saya lima ribu ringgit? Saya akan pulangkan esok pagi...” Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan yang menyamar sebagai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan menghantar mesej WhatsApp kepada kenalan beliau.
10. Polis tahan penceramah bebas, disyaki muat naik hantaran berunsur hasutan - KPN
Seorang penceramah bebas ditahan polis hari ini susulan satu hantaran di Facebook yang didakwa mengandungi unsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#Jalur Gemilang
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan