Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Mei 2025.
Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut antara mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Harganya juga meningkat sehingga RM130 sekilogram, sekali gus menjadikannya durian tempatan termahal ketika ini.
AMK memberikan sokongan kepada Nurul Izzah yang pernah menerima digelar Puteri Reformasi itu selaku calon Timbalan Presiden bagi pemilihan di peringkat Pusat.
Seorang anggota polis trafik Bukit Aman, Genesis Nitchell David Reddy, didakwa membunuh Muhammad Zaki Iderus dalam insiden tembakan di Jalan Stephen Yong pada 26 April.
Beliau mengambil cuti selama empat hari daripada tugas rasmi kerajaan untuk menyelesaikan kemelut pemilihan parti di peringkat cabang PKR.
6. Semakan kehakiman Pamela Ling sebelum hilang tidak batal siasatan sedang dijalankan - SPRM
6. Semakan kehakiman Pamela Ling sebelum hilang tidak batal siasatan sedang dijalankan - SPRM
Ling dan suaminya disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram sejak Mei 2024.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India susulan serangan rentas sempadan yang dilaporkan baru-baru ini.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah lelah mempertahankan keselamatan negara meskipun tanpa sebarang sanjungan atau pujian, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disaran menekankan pengetahuan mengenai ASEAN di institusi pengajian tinggi (IPT) agar negara tidak ketandusan pemimpin pelapis yang cakna terhadap isu-isu serantau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


