NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Mei 2025.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramli, yang gagal mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti pada Jumaat, mengakui beliau hampir rasa kecewa dan putus asa, walaupun hanya seketika.
Pembedahan bariatrik yang dianggap sebagai pembedahan kosmetik, semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Resolusi Kesihatan Paru-paru yang dipacu negara telah diterima pakai secara rasmi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) di Geneva, Switzerland.
Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Datuk Seri Rafizi Ramli menyertai satu koalisi politik nasional atau payung besar yang bertujuan membawa transformasi negara menjelang PRU16, walaupun beliau tewas dalam pemilihan PKR baru-baru ini.
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah slot final selepas mengecewakan bekas juara dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, pada perlawanan separuh akhir Masters Malaysia 2025 hari ini.
Pelajar yang memperoleh 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi jaminan akan mendapat tempat di dua institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kembali isu nepotisme yang pernah dikaitkan dengan keluarganya dalam kepimpinan parti.
Kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan untuk rakyat, walaupun cadangan berkenaan pernah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff menasihatkan bekas Timbalan Presiden PKR itu agar berehat seketika dan bangkit semula dengan iltizam yang lebih kuat.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak tamak untuk meminta jawatan menteri kabinet yang berkemungkinan kosong susulan keputusan pemilihan kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami