MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 31/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Julai 2025.


1. Trump tangguh pengumuman tarif selepas berbincang - PM Anwar

Perbincangan melibatkan isu perdagangan bebas, rundingan dua hala, dan usaha MITI bersama Wakil Perdagangan AS (USTR) untuk mencapai kesepakatan.



2. RMK13: Tumpu tiga kebijakan utama, titik tolak kerajaan angkat martabat rakyat - PM Anwar

Penekanan turut diberikan kepada pembangunan industri bernilai tinggi (HGHV), pertumbuhan mampan dan seimbang, serta pengukuhan kedudukan Malaysia di persada ekonomi dunia.


3. Gadis Iban dinobat Miss Grand Malaysia 2025

Viviana mencipta sejarah sebagai wanita Iban pertama memenangi gelaran tersebut.


4. Kes Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan buli, 60 saksi dirakam keterangan

Polis merakam keterangan kira-kira 60 saksi terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13.


5. Rafizi gembira 95% perancangan asal kekal dalam RMK13

Bekas Menteri Ekonomi itu meluahkan rasa gembira apabila hampir keseluruhan perancangan yang dirangka pasukannya kekal dalam dokumen RMK13 yang dibentangkan hari ini.


6. RMK13: MyDigital ID kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih

MyDigital ID menyambut baik saranan dan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan kepentingan MyDigital ID sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih bagi memudahkan akses ke pelbagai kemudahan awam dalam talian supaya lebih cekap dan pantas semasa pembentangan RMK13 hari ini.


7. Watak ini berat - Komando VAT69

"Watak ini berat."
Demikian luahan Sarjan Jafri Khairul Mohd Jaafar, anggota pasukan elit VAT 69 Komando, ketika mengenang detik membawakan watak ASP Mohd Zabri Abdul Hamid, pahlawan negara yang gugur ketika bertempur dengan pengganas komunis, dalam persembahan pantomim sempena Istiadat Hari Pahlawan 2025.


8. Kematian pelajar Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah

Istana Seri Kinabalu hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial kononnya ada individu dalam kalangan keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman terlibat dengan kes kematian pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Papar.


9. Malaysia catat 12 negeri menua tahun ini, peratusan penduduk umur tua meningkat

Trend penuaan di Malaysia berterusan dengan 12 negeri telah mencapai status negeri menua termasuk tambahan tiga negeri baharu iaitu Melaka pada kadar 7.3 peratus dan masing-masing 7.1 peratus bagi Pahang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menurut statistik Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2025 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.


10. Lebih 500,000 tan e-waste diproses setakat Jun 2025, JAS perkukuh pengurusan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan sebanyak 536,709 tan metrik sisa elektrik dan elektronik (e-waste) telah diproses oleh premis berlesen dari Januari 2021 hingga Jun 2025.




#berita pilihan #tempatan #Jabatan Perangkaan Malaysia #media sosial