MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 September 2025.
1. BRI: Malaysia cadang ECRL dipanjangkan ke sempadan Thailand – PM Anwar
Ada keperluan untuk memanjangkan lingkaran Projek Laluan Rel Pantai Timur dari Kota Bharu, Kelantan, merentasi daerah Rantau Panjang hingga ke sempadan Thailand, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Sarawak hanya terima 5% hasil minyak sejak 1975, PETRONAS digesa hormati hak negeri
Petroliam Nasional Berhad didakwa hanya menyerahkan sekitar lima peratus nilai sumber itu kepada Sarawak manakala bakinya terus dinikmati syarikat tersebut, kata penasihat undang-undang Sarawak, Datuk Seri JC Fong.
3. Guru direman disyaki rotan murid hingga lebam
Seorang guru tahfiz direman tujuh hari oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah hari ini kerana dipercayai merotan muridnya sehingga lebam di beberapa bahagian badan.
4. Inkues Zara Qairina: Pasukan pembelaan lima remaja diterima sebagai pihak berkepentingan
Mahkamah Koroner membenarkan peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, diterima sebagai pihak berkepentingan.
5. Pengaruh PBB kian mengecil, tiada upaya untuk selesaikan isu antarabangsa – PM Anwar
Beliau berkata perlu ada reformasi terhadap sistem antarabangsa, selepas situasi semasa seperti jenayah perang rejim Zionis, serta ketidakadilan perdagangan.
6. KDN diarah perketat keselamatan program libatkan institusi diraja - Fahmi
Jemaah Menteri mengarahkan KDN mempertingkatkan prosedur keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, khususnya melibatkan institusi diraja.
7. Faisal Halim sedia beraksi walaupun berdepan isu peribadi - Cklamovski
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski memberi jaminan pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim berada dalam keadaan terbaik dan sedia beraksi untuk negara walaupun dilaporkan berdepan masalah peribadi.
8. PM Anwar kongsi detik bertegur sapa dengan Kim Jong-un di China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan China bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing, China
9. KKM sedia kaji reformasi pembiayaan penuaan - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengkaji pelaksanaan reformasi pembiayaan penjagaan kesihatan bagi golongan warga emas selaras dengan perubahan demografi negara ke arah masyarakat menua.
10. Zara Qairina tidak mungkin terjatuh atau ditolak - Pakar patologi
Mahkamah Koroner diberitahu, Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor asrama sekolahnya.