PUTRAJAYA: Bidaan bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 dilaksanakan pada 1 Feb hingga 5 Feb ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Feb.
"NPI ialah tanda indeks yang mempunyai prefix (hadapan) iaitu siri GOLD yang melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50. Ia dibuka untuk bidaan pada 1 Feb bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 Feb pukul 10 malam.
"Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan iaitu bagi nombor bernilai utama bermula RM20,000, nombor menarik bermula RM3,000, nombor popular bermula RM800 manakala nombor biasa bermula RM300," katanya dalam sidang media NPI hari ini.
Loke berkata penawaran melalui Sistem JPJeBid ini juga merupakan usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan pendigitalan sepenuhnya.
Tambahnya bidaan bagi siri NPI adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil tersebut akan dikembalikan semula kepada MOT.
"MOT akan gunakan dana ini untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat dan pemegang taruh di bawah MOT, antaranya bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FLYsiswa.
"Selain itu, kami juga akan laksanakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi semua pemandu teksi seluruh negara sejurus selepas dapat hasil bidaan NPI siri GOLD ini," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata perincian mengenai caruman PERKESO itu akan diumumkan kemudian selepas memperoleh hasil bidaan NPI siri GOLD ini.
"Rekod yang pernah kami dapat paling tinggi adalah bidaan bagi siri FF iaitu sebanyak RM35 juta.
"Saya rasa bagi siri GOLD ini lebih ramai peminatnya, jadi kami perkenalkan siri ini bertepatan dengan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan dan berharap hasilnya akan melebihi hasil siri FF," katanya.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata pelbagai inisiatif yang diperkenalkan MOT dengan hasil kutipan bidaan telah banyak membantu rakyat antaranya bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan berharga RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
"Inisiatif ini dilaksanakan pada sambutan Krismas tahun lepas yang telah memanfaatkan seramai 6,369 penumpang.
"Jumlah subsidi yang kerajaan tanggung bagi inisiatif ini sebanyak RM2.7 juta dengan purata subsidi bagi setiap tiket sebanyak RM429. Inisiatif ini akan diteruskan untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya kelak.
"Selain itu, inisiatif tambang percuma KTM komuter sempena sambutan Thaipusam selama 48 jam telah beri manfaat kepada 300,325 penumpang yang semuanya menghala ke Batu Caves," katanya.
Tambahnya meskipun terdapat sedikit kelemahan disebabkan terdapat kejadian pokok tumbang menyebabkan berlakunya kelewatan tren dan frekuensi terjejas namun ia akan terus ditambah baik pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Loke menunjukkan antara nombor istimewa yang ditawarkan pada sidang media di Kementerian Pengangkutan, hari ini. -Bernama
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.