ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengenal pasti 10 lokasi panas kes lemas di seluruh negeri itu termasuk di Langkawi.
Pengarah JBPM Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh di kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan orang ramai terutama pada musim perayaan.
Menurutnya antara lokasi itu ialah di Pantai Tanjung Rhu, Pantai Pasir Berdengung dan Pulau Rebak di Langkawi.
"Kawasan di tanah besar ialah di Sungai Kampung Kuala Pai dan Air Terjun Puncak Janing di Padang Terap, Sungai Kedah, Sungai Kuala Muda, Air Terjun Junjung di Kulim dan Air Terjun Bukit Wang di Jitra," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pemeriksaan Bangunan Bagi Tujuan Menghapuskan Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatam Kebakaran Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di sini semalam.
Awang Hidzel berkata pihaknya tidak melarang orang ramai berkunjung ke lokasi terbabit, namun menasihatkan mereka agar mengawasi diri dan anak-anak kecil serta mengelak mandi di kawasan berbahaya bagi memastikan tiada tragedi berlaku ketika musim perayaan ini.
"Kita tak melarang tapi kalau boleh elak. Kalau pergi janganlah kita jauh dengan anak-anak, jangan kita leka sebab kita tak tahu keadaan persekitaran," katanya yang turut memberitahu sebanyak 31 kes lemas dilaporkan di Kedah sepanjang tahun lepas dan 24 daripada mangsa meninggal dunia.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemilik inap desa di negeri itu untuk memastikan premis mereka dalam keadaan baik dan selamat sebelum menerima pengunjung yang dijangka meningkat menjelang hari raya nanti.
"Setiap inap desa perlu ada sekurang-kurangnya satu alat pemadam api, kita mahu pemiliknya bertanggungjawab bagi memastikan bangunan itu dalam keadaan baik dan sistem keselamatan seperti diarahkan dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Awang Hidzel turut mengingatkan pemilik inap desa di negeri itu untuk memastikan premis mereka dalam keadaan baik dan selamat sebelum menerima pengunjung yang dijangka meningkat menjelang hari raya nanti. - Foto bomba
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Jajaran Seksyen 7 WCE siap Mac 2026 - Nanta
Pembinaan Jajaran Tanjong Karang-Assam Jawa di Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah mencapai tahap 71 peratus, dan dijanga siap pada Mac 2026.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Masalah bekalan air bersih di Marang selesai dengan pojek naik taraf dua tangki
Abdul Karim berkata dua projek yang menelan belanja sebanyak RM60 juta itu telah siap dan beroperasi 15 Mac lepas.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Sindiket tawar pinjaman jerat mangsa di musim perayaan
Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.
Bahaya beraya sakan tetapi tidak rancang perbelanjaan awal – Pakar
Kurangkan aktiviti melawat media sosial kerana apa yang penting ialah jangan lihat kemampuan dan juga kebolehan orang lain!
Sentimen pengguna masih rendah menjelang musim perayaan, kata AmInvestments
Sentimen pengguna kekal rendah walaupun menjelang musim perayaan dan cuti sekolah yang pendek selepas pengguna terus berhati-hati dalam perbelanjaan susulan ketidaktentuan makroekonomi.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.