awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
252 sekolah di Perak kurang murid - Pengarah Pendidikan Negeri
Ibu bapa digalak hadir ambil BAP bagi elak salah guna bantuan
[TERKINI] Aktiviti ‘yeye’ keji, wanita tidak harus dijadikan objek seks di mes ATM - Menteri Pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam Semporna: SAR hari ketiga ditangguh sehingga ada petunjuk baharu

Petrus Bernard
Petrus Bernard
07/07/2020
00:11 MYT
Bot karam Semporna: SAR hari ketiga ditangguh sehingga ada petunjuk baharu
Aset-aset agensi penguatkuasaan yang berada di kawasan sektor kehilangan mangsa akan meneruskan pencarian dalam rondaan operasi harian masing-masing. - Astro AWANI
Operasi hari ketiga mencari dan menyelamat (SAR) seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang di perairan Pulau Mabul, dekat sini, gagal membuahkan hasil semalam.
SAR yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bermula jam 7 pagi Isnin, dengan turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM), TLDM, Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ia melibatkan enam pegawai dan 53 anggota lain-lain pangkat, serta membabitkan orang kampung yang turut membantu.
Pengarah Zon Maritim Semporna APMM Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, pencarian hari ketiga diperluaskan kepada 155 batu nautika persegi, namun tidak menemui sebarang petunjuk.
Mangsa, Mahmur Ajae, 45 tahun, masih belum ditemui sebelum SAR ditangguhkan pada jam 6 petang, katanya.
Menurut Norrimi, sejak kehilangan mangsa, SAR yang diaktifkan jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu sudah melibatkan jumlah kawasan pencarian pada keluasan 256 batu nautika persegi.
"SAR akan ditangguhkan sementara waktu sehingga ada petunjuk baru untuknya diteruskan semula.
"Namun, aset-aset agensi penguatkuasaan yang berada di kawasan sektor kehilangan mangsa akan meneruskan pencarian dalam rondaan operasi harian masing-masing," katanya.
BACA: Lagi bot pemancing karam: Seorang hilang, seorang selamat
BACA: 12 pemancing berjaya diselamatkan selepas 48 jam tersadai di tengah laut
BACA: 4 maut, 4 lagi hilang selepas bot bawa pemancing terbalik di Bachok
BACA: Mayat terakhir tragedi bot terbalik di Bachok ditemui
Terdahulu, Mahmur dilaporkan hilang, manakala rakannya Salimin Paludin, 44 tahun, ditemukan selamat selepas bot dinaiki mereka terbalik dan karam akibat dipukul ombak di perairan tersebut pada pagi Sabtu.
Kedua-dua bekas anggota TLDM itu dikatakan keluar memancing pada pukul 4 petang Jumaat.
Topic Berkaitan
#bomba
#bot
#bot karam
#bot terbalik
#hilang
#karam
#mangsa
#Memancing
#Norrimi Hassan
#ombak
#pemancing
#pencarian
#perairan
#petunjuk
#polis
#Pulau Mabul
#Semporna
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan