MIRI: Pandemik COVID-19 tiga tahun lalu tidak hanya menyedarkan kita tentang keperluan sistem penjagaan kesihatan yang baik, tetapi juga membuatkan masyarakat memahami bahawa akses internet bukan lagi satu kemewahan, sebaliknya satu keperluan.
Bukan sahaja untuk pendidikan dan pekerjaan, malah aktiviti ekonomi dan interaksi sosial berpindah ke ruang dalam talian, menjadikan sambungan internet yang stabil dan boleh diakses adalah satu kewajipan.
Bagi Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit, MEASAT, aspirasi jalur lebar nasional terus diberi sokongan melalui perkhidmatan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi, CONNECTme NOW yang menyediakan akses internet kepada komuniti di kawasan luar bandar dan terpencil, serta lokasi yang tidak diliputi oleh sambungan 4G atau gentian.
Pengarah Kanan Jualan CONNECTme NOW, Kenneth Yong berkata, pasukan mereka berusaha menggerakkan sokongan bagi memastikan kawasan pedalaman mempunyai sambungan internet, dan kini mampu berbangga apabila berjaya memasang lebih 2,000 tapak hotspot CONNECTme NOW di Sarawak dan lebih 500 di Sabah.
"Kalau ikut strategi, kita akan pasang mengikut kepadatan penduduk. Kalau satu tempat ada 100 atau 200 penduduk tertumpu di satu tempat, kita akan beri perkhidmatan tetapi kalau rumah berserak jauh, itu satu cabaran kerana susah nak menarik penduduk untuk dapatkan perkhidmatan.
"Tetapi berdasarkan pengalaman, walaupun ada penduduk tinggal jauh dari hotspot tapi dia sanggup berjalan kaki, sama seperti mereka berjalan kaki berbatu jauh, naik bukit untuk dapat talian telefon. Kerana itu kami tekad usaha yang terbaik," katanya.
Jelas Kenneth, CONNECTme NOW bukan sahaja tentang teknologi, tetapi juga tentang memahami keperluan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka.
"Kami akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan sambungan kerana sambungan hanyalah sebahagian kecil dalam memanusiakan teknologi. Sudah tentu pengguna juga perlu disertakan dengan peranti yang betul dan kami menyediakan sambungan kepada mereka. Kami sedang membina beberapa perkhidmatan lain kerana kami mahu mereka untuk menikmati perkhidmatan seperti membeli barangan dalam talian.
"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menghasilkan aplikasi supaya penduduk di kawasan luar bandar juga boleh menikmati perkara yang sama seperti penduduk bandar, sebagai contoh konsep e-dompet, malah kami juga sedang meneliti perkhidmatan telekesihatan bagi memudahkan pengurusan kesihatan," ujarnya.
Tambahnya lagi, MEASAT menerusi CONNECTme NOW muncul salah satu pengendali satelit yang paling kukuh di rantau Asia Pasifik, dengan pelaburan lebih RM8 bilion dalam infrastruktur komunikasi satelit sepanjang 30 tahun yang lalu.
Terbaharu, mereka bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan (DOSM) Sarawak untuk menyantuni dan membantu penduduk Kg Long San Telang Usan, Baram, Miri, bagi proses kemas kini maklumat ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Bagi penduduk kampung, perkhidmatan CONNECTme NOW yang digunakan sejak kira-kira empat tahun lalu, sangat membantu khususnya dalam urusan pekerjaan dan persekolahan.
Ia juga membantu menghubungkan mereka dengan orang tersayang, terutama anak-anak muda yang kini sudah berhijrah ke bandar Miri yang terletak kira-kira enam jam perjalanan.
"Sebelum ini kita menghadapi kesukaran mengajar dalam kelas dan aplikasi PDPR abad ke 21, kebanyakan guru generasi sekarang celik ICT jadi mereka suka gunakannya dalam kelas.
"Untuk pentadbir sekolah juga perlu internet dalam kerja seharian, contoh guru kelas nak masukkan data murid dalam talian, atau apa-apa data yang diminta pejabat pendidikan atau kementerian.
"Selepas adanya CONNECTme NOW, masalah capaian internet dapat diatasi dan kami boleh lebih kreatif, guru boleh guna aplikasi dan permainan yang boleh tarik perhatian murid," kata guru di SK St Pius, Long San itu.
"Semasa pandemik kelas dibuat dalam talian jadi cikgu guna CONNECTme NOW, untuk menyampaikan apa yang diajar.
"Selepas sekolah dibuka, kita guna modal sendiri untuk guna CONNECTme NOW bagi menjalankan aktiviti pentadbiran, dan tahun lepas kami mohon dari kementerian untuk bekalkan CONNECTme NOW. Sekarang kami dapat bekerja dengan lancar," kata Florance Beremas yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di sekolah yang sama.
Bagi pemilik kedai runcit yang juga menjual prabayar CONNECTme NOW, Emmy Usun Lawrence, perkhidmatan internet tersebut memberi kemudahan untuk pelanggannya membuat bayaran.
"Pelanggan kedai ada opsyen untuk buat bayaran secara online transfer jadi lebih memudahkan lagi urusan.
"Sambutan terhadap CONNECTme NOW memang baik kerana talian telefon di sini juga tidak begitu baik, jadi penduduk perlukan talian internet," katanya.
Madiha Abdullah
Wed Feb 28 2024
Antara unit CONNECTme NOW yang terdapat di Kg Long San Telang Usan, Baram, Miri.
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
PADU: Kerjasama DOSM, MEASAT bantu penduduk pedalaman kemas kini maklumat
Ini merupakan lokasi kedua kerjasama antara DOSM dan MEASAT dijalankan selepas kali pertama di Kampung Keniogan, Sabah, awal bulan ini.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
MEASAT-3d: Agong harap rakyat dapat manfaat pendigitalan, Internet pantas
Kejayaan ini amat bermakna khususnya buat rakyat Malaysia apabila dapat menikmati Internet berkelajuan tinggi di seluruh Malaysia.
MEASAT guna 300,000 rangkaian CONNECTme NOW menjelang akhir tahun
Setakat ini MEASAT telah memasang lebih 2,000 tapak CONNECTme NOW -- termasuk 1,183 tapak di Sarawak dan 243 tapak di Sabah.
MEASAT perlukan masa untuk selesaikan penstabilan satelit dan isyarat
MEASAT berkata, tempoh masa yang lebih lama diperlukan selepas pihaknya merekodkan tahap penurunan perkhidmatan berselang.
Gangguan penyiaran satelit MEASAT-3 pulih - MCMC
Menurut MCMC, siasatan awal mendapati gangguan berpunca daripada kegagalan thruster.
Airbus sasar lancar MEASAT-3d tahun depan
Airbus SE menyasar melancarkan MEASAT-3d, satelit telekomunikasi pelbagai misi baharu yang dibina bagi pengendali satelit Malaysia, MEASAT Global Bhd, tahun depan.
Anak syarikat Astro memeterai perjanjian transponder RM87.2 juta
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS) telah memeterai perjanjian dengan MEASAT International (South Asia) Ltd (MISAL) membabitkan penggunaan kapasiti transponder satelit MEASAT-3b (M3b), den
Satelit MEASAT-3b dilancar beberapa minggu lagi
Pelancaran satelit itu akan meningkatkan kemampuan data sokongan dan perkhidmatan video di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia.
Miliki peranti palsu, peniaga dihadap ke mahkamah
Tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.