BEIJING: Tiada maklumat terkini dikeluarkan pasukan penyiasat insiden nahas pesawat Boeing 737-800 membabitkan penerbangan China Eastern MU5735 setakat ini.
Kenyataan itu dikeluarkan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) selepas mendapat pengesahan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan maklumat mengenai nahas itu kepada media, lapor Global Times.
Ia susulan laporan Wall Street Journal dan Reuters yang memetik sumber bahawa penyiasat insiden nahas tidak menolak kemungkinan insiden malang itu adalah "disengajakan".
BACA: Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Menurut laporan portal itu, data diperoleh daripada kotak hitam menunjukkan seseorang - mungkin juruterbang atau sesiapa yang menceroboh masuk ke dalam kokpit - telah memasukkan input yang dipercayai menyebabkan pesawat Boeing 737-800 itu menjunam.
"Pesawat itu melakukan apa yang diarahkan oleh seseorang di dalam kokpit," lapor Wall Street Journal yang memetik penilaian awal oleh pegawai penyiasat AS.
Pegawai penyiasat AS percaya kesimpulan mereka disokong oleh fakta bahawa penyiasat China setakat ini tidak menunjukkan sebarang masalah dengan pesawat atau kawalan penerbangan yang boleh menyebabkan nahas.
Penerbangan China Eastern MU5735 yang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou pada 21 Mac secara tiba-tiba menjunam dari ketinggian 29,000 kaki ke lereng gunung, mengorbankan kesemua 132 orang di dalamnya.
CAAC dalam pada itu berkata akan berhubung dengan pasukan penyiasat NTSB dan menerbitkan maklumat tepat berhubung tragedi apabila tiba masanya, lapor Global Times.
Astro Awani
Wed May 18 2022
Lokasi di mana China Eastern MU5735 terhempas dari ketinggian 29,000 kaki, mengorbankan kesemua 132 orang di dalamnya. -AP
Mayat pengurus ladang ditemui selepas dua hari hanyut
Seorang pengurus ladang ditemukan lemas selepas dua hari dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja pemasangan kabel Sungai Ulu Segama, di Kinabatangan.
AWANI Ringkas: Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 30 Jun ini
Hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan dan beliau memohon tarikh lain untuk sebutan kes berkenaan.
Olahraga Para Dunia: Muhammad Nazmi raih emas sulung di Jepun
Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri meraih pingat emas acara lompat jauh T37 lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan neutral - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Lima maut pesawat terhempas di Virginia
Empat dewasa dan seorang kanak-kanak dilapor meninggal dunia dalam nahas pesawat itu.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
Serpihan bom tangan ditemui dalam mayat Prigozhin - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin mengulas mengenai nahas pesawat yang mengorbankan ketua kumpulan tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin.
Nahas Elmina: Mangsa pesawat terhempas tidak mungkin dapat diselamatkan - AAIB
Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi membawa kepada kematian penumpang pesawat.
DUN Pahang rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Johari Harun
DUN Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun.
Nahas pesawat: Polis ambil alih siasatan jika wujud 'foul-play'
Siasatan akan dijalankan sekiranya dimaklumkan berlaku unsur tersebut oleh BSKU yang kini bertanggungjawab menyiasat punca nahas itu.
Nahas Elmina: "Oyen okey, perlu masa untuk sembuh"
Kucing jantan itu dilaporkan mengalami luka di bahagian rusuk, dipercayai terkena serpihan semasa nahas.
Nahas pesawat di Elmina: Urusan pengebumian diserahkan kepada keluarga - Speaker DUN Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada waris mangsa untuk memutuskan urusan pengkebumian jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina.
Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya
Menurut Nik Ahmad Huzlan, pesawat mungkin hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500-3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.
Pesawat terhempas di Elmina: Bedah siasat semua mangsa dijangka selesai Isnin - KPN
Proses bedah siasat kesemua mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, pada Khamis dijangka selesai Isnin ini.