KUALA LUMPUR : Angka jangkitan baharu COVID-19 kembali mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 6,440 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 685,204 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri Selangor masih melaporkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,095 kes dilaporkan diikuti Negeri Sembilan (870 kes) dan Kuala Lumpur (816 kes).

Berikut merupakan pecahan kes bagi setiap negeri:

Selangor - 2,095 

WPKL - 816 

Sabah - 199 

Johor - 592 

Sarawak - 536 

Negeri Sembilan - 870 

Kelantan - 200 

Pulau Pinang - 122 

Perak - 357 

Kedah - 159 

Melaka - 223 

Pahang - 79 

Terengganu - 32 

WP Labuan - 152 

WP Putrajaya - 6

Perlis - 2

Sementara itu, Malaysia turut mencatat pertambahan 74 korban menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 4,276. 

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, berdasarkan jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. 

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 65,602 kes," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Jumaat. 

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 894 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 451 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Manakala jumlah pesakit sembuh ialah sebanyak 615,326 kes termasuk dengan kes pulih dalam tempoh 24 jam lalu seramai 6,861 orang.