KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terdapat pegawai daripada agensi berkenaan menghubungi Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan selepas pendedahan beliau di Dewan Rakyat mengenai tawaran habuan untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, semakan telah dibuat terhadap pegawai-pegawai SPRM, dan mendapati tiada seorang pun yang menghubungi Wan Saiful selepas dakwaan ditawarkan habuan bernilai RM1.7 juta.
Jelas Azam lagi, sesiapa sahaja boleh menghubungi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dan mendakwa sebagai anggota SPRM.
“Tidak ada pegawai saya yang menghubungi beliau, mungkin sesiapa pun boleh hubungi mengatakan daripada SPRM.
“… yang penting di sini Wan Saiful sepatutnya ke SPRM buat laporan kerana apabila seseorang ditawarkan suapan atau rasuah perlu datang ke mana-mana balai polis terdekat atau (pejabat) SPRM untuk membuat laporan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di ibu negara, hari ini.
Semalam, Wan Saiful dalam kemas kini di laman Facebook memaklumkan telah dihubungi oleh pegawai SPRM selepas kurang sejam membuat pendedahan di Dewan Rakyat berhubung tawaran habuan untuk menyokong Perdana Menteri
Beliau berkata pihaknya diminta menghubungi pegawai SPRM dan akan akur kepada arahan itu.
Azam menambah, menjadi tanggungjawab Wan Saiful untuk tampil sendiri ke SPRM selepas membuat kenyataan di Parlimen kerana pendedahan itu tidak boleh dianggap sebagai spekulasi.
SPRM, ujarnya memerlukan butiran lanjut bagi menjalankan siasatan yang dibuat oleh Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu.
“Kalau di bawah SPRM siasatan telus akan dijalankan terhadap sesiapa pun.
“Kita tidak memilih sesiapa pun. Sekiranya melakukan kesalahan melibatkan mana-mana anggota pentadbiran kerajaan, kita tetap siasat.
“Dalam hal ini adalah lebih molek beliau datang kerana beliau menyebutnya di Parlimen,” tambah Azam.
Astro AWANI semalam melaporkan Wan Saiful Wan memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau dihubungi oleh beberapa individu yang menggugutnya untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Ahli Parlimen itu mendakwa, selepas berkali-kali dihubungi, beliau 'akur' untuk mengadakan beberapa pertemuan, bermula pada 17 Januari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang, ibu negara.
Dakwa beliau, dalam siri pertemuan tersebut, individu berkenaan menawarkan habuan sebagai balasan sokongan kepada Perdana Menteri, antaranya peruntukan Parlimen sebanyak RM1.7 juta.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 29 2024
Azam berkata, semakan telah dibuat terhadap pegawai-pegawai SPRM, dan mendapati tiada seorang pun yang menghubungi Wan Saiful selepas dakwaan ditawarkan habuan bernilai RM1.7 juta. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi
Beliau mendakwa Wan Saiful turut berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan berhubung peruntukan yang diterima.
Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat
Johari beri peringatan semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan dan dipertarungkan di pentas luar, bukan di Dewan Rakyat.
Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan
Beliau mendedahkan individu itu sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.
Wan Saiful dakwa 'dikacau ganggu' oleh SPRM
Gangguan tersebut diterima selepas kenyataannya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Pertemuan dengan Speaker perkara biasa di Dewan Rakyat - Fahmi
Kerajaan hanya ingin memberi maklum balas dan berkongsi idea dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung perkara yang berlaku di dalam dewan.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Dewan Rakyat: Wan Saiful mohon maaf, usul gantung enam bulan ditarik balik
Beliau telah menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf pada 29 Februari lepas namun sekali lagi berbuat demikian di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful
Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan yang dijangka tamat kira-kira jam 12 tengah hari.
SPRM beri tempoh seminggu kepada Wan Saiful
SPRM memberikan tempoh seminggu kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk tampil membuat laporan berhubung pendedahan bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepadanya.