PETALING JAYA: Dakwaan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata hal ini kerana keberadaan Abdul Taib diketahui ahli keluarga, adik-beradik, peguam dan doktor serta jururawat yang merawat beliau di hospital.
"Pihak polis ada terima laporan media berhubung perkara ini daripada ahli keluarga tetapi bukan daripada CP (Pesuruhajaya Polis Sarawak), Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) dan IGP (Ketua Polis Negara).
"Laporan-laporan itu kami ambil dan siasat, namun ia tidak benar seperti yang dilaporkan mengatakan TYT (Tuan Yang Terutama) Abdul Taib diculik atau dilarikan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 21 dan Perasmian VSP 2.0 bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2024 di Persada PLUS, Subang di sini hari ini.
"Bagaimanapun, dakwaan beliau diculik adalah tidak berasas kerana keberadaan beliau (Abdul Taib) kini di rumah.
"Fakta-fakta yang dilaporkan oleh media mengenai Abdul Taib sebelum ini perlu dibetulkan kembali dan hanya kenyataan rasmi polis boleh dikeluarkan berhubung maklumat kes berkenaan," katanya dan menambah polis masih menjalankan siasatan kes itu.
Pada Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dilapor telah menerima laporan tentang kejadian mendakwa Abdul Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta.
Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
Sementara itu, di KUCHING, polis mengesahkan Abdul Taib berada di kediaman peribadi beliau di Sarawak.
Mancha berkata setakat ini, lapan laporan polis berhubung isu membabitkan Abdul Taib diterima termasuk daripada ahli keluarga beliau.
BACA: Polis Sarawak sahkan Taib Mahmud kini berada di kediamannya
"Kita tidak boleh dedahkan lebih banyak maklumat kerana semua yang berlaku masih dalam siasatan," katanya selepas merasmikan program Advokasi dan Penguatkuasaan Undang-undang Jalan Raya dan Pelancaran Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Dakwaan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan adalah tidak benar. - Gambar fail/Bernama
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.
Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.
Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.
Legasi Abdul Taib jadi inspirasi untuk terus majukan Sarawak - Mutang Tagal
Legasi kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud akan terus menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memajukan negeri Bumi Kenyalang.