KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar dan inisiatif yang bakal beliau umumkan pada Isnin semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat bukan sahaja dibentuk berdasarkan pemikiran di kementerian-kementerian.
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
"Saya yakin KSP RMK12 ini akan dapat memacu pertumbuhan Malaysia yang lebih seimbang dan mapan di masa hadapan," katanya menerusi catatan di Facebook malam ini.
Menurut Perdana Menteri, KSP RMK12 adalah satu lagi tindakan kerajaan dalam menjelmakan agenda ekonomi MADANI yang beliau usulkan.
"Ia adalah dokumen kebijakan yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, spiritual dan material berteraskan nilai-nilai MADANI," katanya.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri telah menerima dokumen KSP RMK-12 daripada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri. - Gambar fail/BERNAMA
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Dewan Negara lulus usul KSP RMK12
Mesyuarat Khas Dewan Negara hari ini meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 dengan lebih suara bersetuju.
PM Anwar gulung Kajian Separuh Penggal RMK12 petang ini
KSP RMK12 memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama melalui 71 strategi dan inisiatif utama bagi menghasilkan keberhasilan yang disasarkan.
3R: PDRM ambil tindakan berdasarkan tatacara dan peraturan
Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan membabitkan isu 3R adalah berdasarkan tatacara dan peraturan yang termaktub.
Kedah sedia tawar tanah untuk kilang pemprosesan REE - Sanusi
Kedah bersedia menawarkan beberapa kawasan tanah di negeri itu bagi membina kilang pemprosesan REE susulan rancangan kerajaan Persekutuan untuk membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah itu.
KSP RMK12: Segerakan subsidi bersasar untuk perkukuh fiskal negara - Johari
Pengurangan subsidi pukal membantu kerajaan dari segi penjimatan awam dan juga mengekang ketirisan dari segi penyelewengan dan penyeludupan.
Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.
Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
Kerajaan teliti isu kemiskinan secara lebih mikro - Mohd Radzi
Berdasarkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi RMK11, wujud keperluan untuk mengkaji semula bukan sahaja Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), tetapi juga dalam pelbagai aspek lain.
Peruntukan lebih kecil tidak jejas perkembangan industri halal negara
Beliau berkata inisiatif untuk mengembangkan industri halal akan ditingkatkan dengan kerjasama daripada negeri-negeri yang memberi penekanan kepada industri halal seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Tok Pa belum buat keputusan sertai PH
Mustapa mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Jeli yang menerima keputusannya sebagai ahli Parlimen Bebas selepas keluar UMNO-BN.