JOHOR BAHRU: Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah, membabitkan rampasan bernilai RM1.23 juta dalam serbuan sekitar daerah ini dan Iskandar Puteri pada 10 hingga 14 Jan lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 61 tahun dan anak lelaki berusia 40 tahun serta seorang rakan lelaki berusia 59 tahun itu, ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dalam satu operasi khas.
Beliau berkata ketiga-tiga individu itu dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dalam pasaran tempatan, semenjak Oktober tahun lepas.
"Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan sebuah pangsapuri yang disewa di sini sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan.
"Malah, sindiket yang dipercayai didalangi lelaki berusia 40 tahun itu, turut melakukan kerja-kerja memproses dan membungkus dadah tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata rampasan dadah bernilai RM1.23 juta itu antaranya melibatkan sebanyak 16.47 kilogram serbuk ekstasi, 7.77 kilogram ganja dan 1.77 gram syabu.
Kamarul Zaman berkata polis turut merampas pelbagai peralatan mencetak pil ekstasi termasuk pencetak, pengisar, penimbang, loyang, penapis dan lima butir peluru hidup.
Sementara itu, beliau berkata hasil siasatan mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai 46 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah selain dikehendaki dalam enam kes membabitkannya.
Beliau berkata tahanan reman ketiga-tiga individu tersebut disambung sehingga 23 Jan setelah ditahan seminggu sejak 11 Jan lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Kamarul Zaman (tiga, kanan) bersama pegawai yang bertugas menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas pada sidang media berhubung tangkapan sindiket pengedaran dadah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - Foto Bernama
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000
Dadah ini cuba dibawa keluar secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot ke negara jiran, Indonesia.
Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu
Seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat Kuching pada 6 Mac lepas.
Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak
Polis telah melaksanakan 2,312 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak dari Januari hingga 6 Mac lepas.
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.
Polis tahan 10 lelaki tempatan terlibat sindiket dadah
Menurut DSP Norhisham, polis menahan 10 lelaki lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah.
Lapan lagi ahli Geng Upik termasuk bekas anggota polis diburu
Lapan termasuk seorang bekas anggota polis yang dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dikenali Geng Upik sedang diburu polis.
Polis lumpuh sindiket edar jus minuman campuran pelbagai dadah di pusat hiburan
Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dan memproses dadah selepas menahan enam individu termasuk dalam serbuan sekitar Lembah Klang.
Sindiket pengedaran dadah melalui Telegram tumpas
Polis membongkar satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja di aplikasi Telegram dengan penahanan empat lelaki warga tempatan di kawasan Taman Perindustrian Glenmerie, Ahad lepas.