Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu COVID-19 di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Kidurong tersebut telah menjangkiti enam individu.

"Kes indeks merupakan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dikesan positif pada 12 Jun 2020.

"Pengesanan kes ahli keluarga telah dilakukan dan dikesan psoitif iaitu melibatkan ibu, bapa dan dua adik-beradik kes indeks.

"Malah, salah seorang rakan kepada ayah kes indeks juga positif sekaligus menjadikan ia satu kluster baru di Kidurong," katanya pada sidang media di sini hari ini.


Susulan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM telah melakukan saringan kepada 163 individu dan kesemuanya adalah negatif.

Jelasnya, punca jangkitan masih dalam siasatan.