SINGAPURA: Hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 menyaksikan peningkatan bagi kekayaan kolektif mereka berikutan ia menokok 14 peratus kepada hampir AS$90 bilion (RM371bil) tahun ini, selepas mencatatkan penyusutan selama dua tahun.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Forbes berkata Tan Sri Robert Kuok yang menerajui empayar hartanah dan komoditi, terus menggungguli senarai itu dengan kekayaan sebanyak AS$12.2 bilion (RM50.3bil), sekali gus yang tertua dalam senarai itu pada usia 97 tahun.
Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong kekal berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan sebanyak AS$9.6 bilion.
Forbes berkata ekonomi Malaysia yang dilanda pandemik dengan penguncupan 5.6 peratus pada 2020, dijangka kembali ke landasan pada tahun ini.
"Namun, pada masa ini, negara itu sedang bergelut dengan lonjakan kes COVID-19.
"Walaupun indeks saham petunjuk pasaran meningkat sederhana pada 2.5 peratus sejak kekayaan itu diukur kali terakhir pada 15 bulan lepas, 50 individu terkaya negara itu menyaksikan gabungan peningkatan kekayaan sehingga hampir AS$90 bilion, menokok daripada AS$79 bilion pada tahun lepas," katanya.
Forbes berkata keadaan itu, antara lain disumbangkan oleh kedudukan dominan negara itu sebagai pembuat sarung tangan perubatan dunia.
Semasa tahun pandemik, permintaan global terhadap alatan perlindungan sedemikian mencatatkan kenaikan ketara, eksport sarung tangan getah Malaysia pula adalah dua kali ganda, sekali gus meningkatkan kekayaan pengeluar terbesar dunia, katanya.
Lima daripada mereka tersenarai dalam kalangan 50 paling kaya, dengan dua daripadanya iaitu Kuan Kam Hon (No. 7, AS$3.8 bilion) dari Hartalega Holdings dan Lim Wee Chai (No. 8, AS$3.5 bilion) dari Top Glove, berada pada kedudukan 10 terbaik.
Koon Poh Keong, yang berkongsi kekayaan logam dengan empat adik-beradiknya, merupakan penerima dolar terbesar pada tahun ini.
Saham mereka di Press Metal Aluminium Holdings meningkat berikutan harga logam yang mencatatkan pemulihan, menokok AS$3.4 bilion kepada kekayaan mereka, sekali gus menempatkan Kong dan adik-beradiknya di tangga ketiga dengan nilai bersih AS$6.4 bilion, kata Forbes.
Kembali tersenarai adalah Lim Kuang Sia (No. 14, US$1.4 bilion), yang menguasai Kossan Rubber Industries dengan saudara kandungnya, dan Stanley Thai (No. 20, AS$1.1 bilion) selaku pengasas bersama dan mengendalikan Supermax Corp. bersama-sama isterinya, Cheryl Tan.
Forbes berkata, terdapat lima pendatang baharu dalam senarai tahun ini.
Antara yang tersenarai adalah Tan Yu Yeh dan Yu Wei dari Mr D.I.Y. Group selaku pendatang baharu paling kaya pada kedudukan ke-10 dengan kekayaan AS$2.7 bilion.
Empat nama baharu lain yang kesemuanya berpangkalan di Pulau Pinang selaku hab teknologi yang sibuk, menerima manfaat daripada ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China berikutan syarikat global yang berusaha untuk mempelbagaikan rantaian bekalan.
Mereka adalah Tan Eng Kee (No. 22, AS$965 juta), pengasas bersama Greatech Technology, pembuat peralatan automasi kilang; Ng Chai Eng (No. 37, AS$450 juta) dan Lau Chee Kheong (No. 38, AS$445 juta), pengasas bersama syarikat perkhidmatan kejuruteraan UWC, dan Steven Siaw Kok Teng (No. 49, AS$325 juta), pengasas bersama ViTrox, pembuat sistem pemeriksaan mesin kejituan tinggi.
Bagaimanapun, pandemik telah menjejaskan 19 senarai apabila kekayaan mereka telah merosot. Antara yang paling terkesan ialah hartawan kasino Chen Lip Keong (No. 9, AS$3.4 bilion) dan Lim Kok Thay (No. 11, AS$2.55 bilion).
Tujuh daripada yang disenaraikan pada tahun lepas, tidak lagi tersenarai iaitu Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun dari AirAsia, berikutan pandemik yang berlanjutan ini menyuramkan harapan untuk sektor perjalanan kembali pulih.
Nilai bersih minimum untuk disenaraikan pada tahun ini adalah AS$315 juta, meningkat daripada AS$255 juta tahun lepas.
Senarai lengkap ini boleh diperolehi di www.forbes.com/malaysia dan edisi terkini Forbes Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Kuok yang menerajui empayar hartanah dan komoditi, terus menggungguli senarai itu dengan kekayaan sebanyak AS$12.2 bilion. - Gambar fail/BERNAMA
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Syed Mokhtar dahului senarai hartawan Melayu terkaya Malaysia
Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion.
Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia - Forbes
Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 meningkat kepada AS$81.6 bilion, daripada AS$80.5 bilion tahun lepas.
Cristiano Ronaldo atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes
Ronaldo yang memeterai kontrak dengan Al-Nassr sehingga 2025 selepas meninggalkan Manchester United menerima AS$136 juta.
Elon Musk tawar beli Twitter AS$43 bilion
Twitter mengesahkan menerima tawaran Musk dan lembaganya akan "meneliti cadangan itu untuk tindakan."
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jeffrey Cheah disenarai Wira Dermawan Forbes Asia bagi kali keempat
Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dipilih sebagai antara kelompok dalam senarai Wira Dermawan Asia oleh Forbes Asia untuk kali keempat.
Rihanna kini bergelar pemuzik wanita terkaya di dunia
Bintang kelahiran Barbados itu kini memiliki kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion.
Forbes: Kekayaan 50 orang terkaya Malaysia meningkat, Robert Kuok teratas dengan RM50.3bil
Hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 menyaksikan peningkatan bagi kekayaan kolektif mereka berikutan ia menokok 14 peratus kepada hampir US$90 bilion tahun ini, selepas mencat
Kekayaan Jeff Bezos berganda setiap tahun
Kekayaan Jeff Bezos berganda setiap tahun
Kim Kardashian fail perceraian terhadap Kanye West - Laporan
Menurut laporan media Amerika Syarikat, bintang realiti berusia 40 tahun itu menuntut hak penjagaan anak-anak