KUALA LUMPUR: Penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa (MPP/KM) dalam proses merangka garis panduan bagi menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di institusi pengajian tinggi (IPT) dapat memastikan ia memenuhi aspirasi mahasiswa serta mengikut kesesuaian di IPT masing-masing.
Yang Dipertua MPP Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Muhammad Farid Zainal berkata barisan MPP UMK menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan autonomi kepada mahasiswa dan pihak universiti bagi merangka bersama garis panduan tersebut, sekali gus membuka lebih ruang dan pendedahan kepada mahasiswa untuk belajar memimpin dan mengawal situasi.
"Kadang-kadang apabila mahasiswa berurusan dengan mahasiswa, perkara itu lebih mudah difahami dan diselesaikan," katanya kepada Bernama di sini.
Susulan itu, Muhammad Farid berkata pihaknya dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) telah bersepakat dan bercadang agar universiti itu merangka garis panduan berdasarkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 negeri Kelantan dan draf garis panduan yang diberikan KPT bagi menjalankan sebarang aktiviti hiburan melibatkan mahasiswa.
"Ini kerana kami berpendapat sebarang bentuk aktiviti hiburan perlulah mengikut piawaian atau garis panduan yang telah ditetapkan mengikut lokaliti sesebuah institusi tersebut. Kami tidak pernah menghalang mahasiswa UMK dalam menganjurkan program berbentuk hiburan asalkan mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.
"Pihak kami mengambil serius akan perkara ini agar dapat menjamin aktiviti hiburan melibatkan rakan mahasiswa adalah mengikut peraturan, terkawal dan tidak mencemarkan nama baik universiti," katanya.
Dalam pada itu, TNC HEPA Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Al-Khalid Othman berkata pihaknya dan MPP akan bekerjasama dalam merangka garis panduan aktiviti hiburan universiti selari dengan Garis Panduan Penganjuran Konsert peringkat Negeri Sarawak.
Beliau berkata satu sesi libat urus bersama wakil MPP dan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar UNIMAS yang dipengerusikannya telah diadakan pada Selasa lepas bagi mendapat pandangan berkenaan cadangan pembangunan garis panduan tersebut.
"Penglibatan MPP/KM dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan bagi menjalankan aktiviti hiburan di IPT membuka ruang dalam mempertimbangkan hak anak-anak seni untuk menjalankan aktiviti kesenian dan kebudayaan terutamanya yang berbentuk konsert.
"Ini juga demi memastikan usaha mengembangkan bakat dan memperkasakan mahasiswa diteruskan agar institusi IPT negara dapat melahirkan graduan yang berkualiti," katanya.
Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dalam kenyataan pada Selasa menyebut MPP/KM perlu dilibatkan dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menurut JPT arahan kepada semua pengurusan IPT di bawah KPT itu dibuat bagi memastikan suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap IPT dan lokaliti diambil kira sebelum ia diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing.
Arahan terbabit adalah selaras pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini supaya garis panduan menjalankan aktiviti hiburan di IPT perlu dirangka dan disediakan oleh IPT melalui pembabitan MPP/KM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Jabatan Pendidikan Tinggi menyatakan pada Selasa, Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa perlu dilibatkan dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di IPT. - Gambar hiasan
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk
Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan, awal pagi Sabtu lepas.
Anuar Zain rai ulang tahun ke-54 bersama 1,000 peminat
Anuar menghargai peminat yang tidak jemu menyokongnya dan menjadi tulang belakang hingga mampu bertahan empat dekad.
Kanak-kanak Palestin terbang layang-layang, imbas kembali aktiviti sebelum perang
Kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel dilihat menerbangkan layang-layang berwarna-warni di kawasan perkhemahan sementara mereka di Rafah.
Pihak berkuasa Thailand hantar pulang suspek kes bunuh ke Malaysia
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang disyaki membunuh pekerjanya telah ditahan di lapangan terbang Bangkok pada Ahad dan dihantar pulang ke negara asal pada Isnin.
Alif Satar kemalangan
Penyanyi dan pelakon itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.
Garis panduan aktiviti hiburan di IPT: Penglibatan MPP penuhi aspirasi mahasiswa
MPP UMK sambut baik keputusan KPT memberi autonomi kepada mahasiswa dan universiti bagi merangka bersama garis panduan tersebut.
Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.
Nabila Razali bertunang dengan bekas pelumba litar?
Difahamkan, majlis pertunangan diadakan di kediaman penyanyi itu di Selayang, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat saja.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun
Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.