KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian gempa berkekuatan 6.0 pada skala Richter yang melanda berhampiran Melbourne, Victoria, Australia pada Rabu, kata Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Mazita Marzuki.
Beliau berkata pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne akan terus memantau keadaan dan menasihati rakyat Malaysia agar bertenang.
"Setakat ini tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan serius melibatkan rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama.
Gempa yang melanda Melbourne pada Rabu itu antara yang terkuat menyebabkan kerosakan pada bangunan di bandar kedua terbesar di Australia itu dan gegaran turut dirasai di negara jiran.
Mengulas mengenai keadaan semasa di Melbourne, Konsulat Jeneral memaklumkan keadaan terkawal dengan keperluan asas, infrastruktur dan keperluan lain masih seperti biasa.
"Sebanyak 46 kerosakan harta benda dilaporkan di Mansfield dan Melbourne. Kira-kira 35,000 penduduk dan sebuah hospital terputus bekalan elektrik seketika," katanya sambil menambah sekitar 779 rakyat Malaysia berdaftar di pejabat Konsulat.
Untuk maklumat dan kemas kini, rakyat Malaysia diminta menghubungi Konsulat melalui e-mel [email protected], atau di talian: +613 95735400, talian kecemasan: +61403 859 500, portal: www.kln.gov.my, FB: https://www.facebook.com/ConsulateGeneralofMalaysiaMelbourne, Twitter: https://twitter.com/MYCGMelbourne dan Instagram: https://www.instagram.com/malaysiainmelbourne.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Gempa yang melanda Melbourne pada Rabu itu antara yang terkuat menyebabkan kerosakan pada bangunan. - AP
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024
Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan itu mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan di Sungai Yarra.
MH370: Malaysia sedia buka semula kes sekiranya ada bukti baharu - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu akan dilaksanakan sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.
Sidang kemuncak khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, meraikan 50 tahun hubungan dialog
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara dan Australia, pemimpin perniagaan dan komuniti.
Kawalan keselamatan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia diperketat
Sidang khas itu akan dihoskan PM Australia Anthony Albanese ketika negara itu meraikan ulang tahun ke-50 sebagai rakan luar pertama ASEAN.
Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
Skuasy: Malaysia ke separuh akhir Berpasukan Remaja Wanita Dunia
Aira yang baru-baru ini dinobatkan naib juara perseorangan remaja dunia, tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata pertama negara.
Gusti profesional: Latihan singkat pada Ramadan tidak halang Emman cemerlang di NJPW
Beliau menewaskan Jarvis dengan gerakan istimewanya, KL Gold Running Elbow dalam perlawanan yang mengambil masa hanya 11 minit.
F1: Kontrak GP Australia di Melbourne dipanjangkan hingga 2035
Grand Prix Australia akan kekal di Merbourne sehingga 2035 selepas Formula 1 (F1) bersetuju untuk memanjangkan kontrak di litar berkenaan yang sepatutnya tamat pada 2025.
Dr Cheema persoal mengapa Azizulhasni tidak dinasihatkan jalani MRI
Dr Cheema berkata tiada tindakan diambil meskipun terdapat aduan tentang beberapa simptom berkaitan jantung oleh atlet berbasikal itu.
Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022
Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam.