ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan diminta segera membuat keputusan dengan meletakkan aktiviti penanaman ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya tanaman itu didapati mendatangkan kemudaratan lebih daripada kebaikan.
Datuk Norsabrina Mohd Noor (BN-Bandar Baharu) berkata tanaman itu ditanam secara berleluasa di negeri ini, namun disebabkan ia diletakkan di bawah Akta Racun 1952 tiada penguatkuasaan boleh diambil kepada penduduk yang menanamnya.
"Data yang saya terima mengenai penanaman ketum di Kedah, saya baharu dapat tahu rupa-rupanya daerah Sik ada 3,030 pokok ketum dan Langkawi pun ada 670 pokok ketum, Baling pula ada 1,000 pokok, tapi paling saya terkejut di Pendang ada 30,000 pokok.
"Tapi tidak boleh lawan Padang Terap, daerah Padang Terap masih menjadi juara, kalau ketum dia ada 47,550 pokok, yang mana di satu-satu kawasan tanaman ada 5,000 pokok, 8,000 pokok...Kulim pun ada 1,310 pokok. Ini yang direkodkan. Rupa-rupayanya lebih daripada keluasan tanaman buah-buahan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.
Norsabrina berkata kerajaan perlu mempunyai perancangan khusus untuk tanaman ini dan menentukan sekiranya ia boleh mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.
Isu ketum turut disentuh Mohd Radzi Md Amin (PN-Pedu) yang menyatakan sokongan terhadap cadangan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (PN-Jeneri) baru-baru ini agar kerajaan Persekutuan membenarkan ia dieksport khususnya ke Thailand.
Menurut beliau, sekiranya dibenarkan untuk dieksport ia akan mengurangkan beban agensi penguatkuasaan bagi menghalang aktiviti penyeludupan daun ketum di sempadan negara.
Bagaimana pun, Datuk Dr Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundor) ketika mencelah perbahasan oleh Mohd Radzi berkata isu daun ketum adalah berkaitan penyalahgunaannya yang bukan sahaja melibatkan golongan dewasa tetapi juga pelajar sekolah.
Beliau berkata sekiranya kerajaan membenarkan eksport daun itu ia bermakna peruntukan undang-undang untuk ketum akan dilonggarkan sekali gus mengundang kepada lebih banyak gejala penyalahgunaan daun ketum.
Persidangan DUN Kedah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Isu daun ketum disifatkan berkaitan penyalahgunaannya yang bukan sahaja melibatkan golongan dewasa tetapi juga pelajar sekolah. - Gambar hiasan/ Bernama
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.