ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah menyeru umat Islam supaya menghayati sirah kelahiran Rasulullah SAW dengan membudayakan sunah baginda dalam kehidupan seharian.
Sultan Sallehuddin bertitah amalan sunah akan mendatangkan kelapangan dalam kehidupan kerana ia bersifat komprehensif, memiliki keseimbangan dan bersifat realiti dengan segala yang berkaitan manusia seperti keperluan dan keinginan mereka.
"Sesungguhnya, setiap amalan yang dibawa oleh Rasulullah adalah relevan pada setiap zaman dan keadaan. Demi memastikan keharmonian dan kesejahteraan negeri Kedah berterusan sepanjang masa, beta berhasrat agar kita semua menghayati setiap pengajaran dan iktibar dari kehidupan Rasulullah.
"Selain itu, berusaha sedaya upaya mengamalkan tingkah laku dan akhlak baginda agar uswah dan qudwah baginda yang sangat mulia itu menjadi amalan dalam hidup kita di masa hadapan," titah Sultan Sallehuddin.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini. Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.
Sultan Kedah turut bertitah mahu umat Islam menjadikan Rasulullah sebagai suri teladan berpaksikan dengan sifat terpuji baginda iaitu benar, amanah, fathonah dan tabligh untuk dilaksanakan dalam menguruskan kehidupan seharian.
"Dengan amalan sifat-sifat itu, mudahan ia akan menjadi teras dan nilai utama kepada pembentukan ummah rabbani yang merupakan tonggak kepada kesejahteraan sesebuah negara," titah Sultan Kedah.
Pada majlis itu, Sultan Sallehuddin berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri kepada Tuan Guru Abdullah Lebai Samah, 86, yang merupakan pengasas Pondok Madrasah Takwiyatul Islamiah di Jalan Kubur Panjang dekat Pokok Sena.
Beliau yang tanpa henti menyampaikan dakwah dan telah berjaya melahirkan ribuan pelajar menerusi madrasah itu menerima plak sijil, replika cek bernilai RM10,000 dan hadiah sampingan.
Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Kedah hari ini. - Foto BERNAMA
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.
Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan
Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Majoriti waris sudah setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan PBT ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Pemerhatian itu memberikan pandangan baharu tentang kemampuan merawat diri sendiri dalam spesis tersebut, selain menggariskan persamaan antara manusia dan orang utan.
Saudi wajibkan jemaah haji ada kad Nusuk
Pelancaran kad itu adalah siri terbaru dalam pembaharuan diperkenalkan kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian usaha berterusan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji.
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, pada malam Khamis.
Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.
Pegawai kerajaan perlu persiapkan diri dengan kemahiran di lapangan - Sultan Kedah
Pegawai kerajaan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran di lapangan serta kemampuan mengatur strategi untuk berdepan sebarang bencana yang melanda negara, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan
Sultan Kedah kurnia panji rejimen kepada Batalion ke-23 RAMD
Penganugerahan berkenaan sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan batalion berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan bangsa dan memelihara keamanan negara.
10 Exco Kedah dijangka angkat sumpah Isnin ini
Majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah dijangka diadakan pada Isnin ini.
Sanusi persembah senarai calon Exco kepada Sultan Kedah Khamis ini
Beliau berkata senarai nama calon Exco tersebut diperoleh daripada kepimpinan parti komponen Perikatan Nasional dan akan dipersembah kepada Sultan Kedah untuk mendapat perkenan baginda.
Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Pertemuan dengan Sultan Kedah tiada kaitan urus niaga REE - Anwar
Anwar tegaskan pertemuan dengan Sultan Kedah hanya kunjungan hormat yang tidak berkaitan dengan REE.
PRN: Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas sesi menghadap bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.