NATIONAL
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (10 - 16 Oktober 2016)

Berita pilihan pengarang sepanjang 10 - 16 Oktober 2016.
KES salah guna kuasa yang melibatkan dua orang pegawai kerajaan dari Jabatan Air Negeri Sabah masih menjadi tajuk perbualan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Masakan tidak, ramai yang tertanya bagaimana pendapatan pegawai kerajaan dapat menampung kehidupan ultra-mewah yang diamalkan oleh kedua-dua individu terbabit.
Dalam perkembangan lain, rakyat di Thailand masih berkabung dan meratapi kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada Khamis lalu.
Berikut adalah tajuk-tajuk utama pilihan pengarang di platform digital Astro AWANI.
ISNIN, 10 OKT
Salah guna kuasa.
Sehingga hari ini, masih menjadi tanda tanya siapa dan bagaimana dua orang pegawai kerajaan dari Jabatan Air Negeri Sabah berjaya mengumpul 'simpanan' berjumlah berbilion ringgit selepas kes penyalahgunaan kuasa melibatkan projek infrastruktur di Sabah bernilai RM3.3 bilion.

Antara matawang tempatan dan asing yang dirampas dari kediaman dan pejabat seorang pengarah dan timbalan Jabatan Air Negeri Sabah. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) berjaya merungkai 'misteri' simpanan bernilai RM30 juta yang disimpan di bank antarabangsa oleh seorang pengarah dan timbalan pengarah dari jabatan kerajaan tersebut.
SELASA, 11 OKT
Lagi berkaitan kes penyalahgunaan kuasa di Kota Kinabalu, Sabah.
SPRM telah merampas wang tunai kira-kira RM1 juta daripada beberapa saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
Susulan kes penyalahgunaan kuasa itu, seorang pengarah di Jabatan Air Sabah dihadapkan ke Mahkamah Kota Kinabalu di Sabah.
Tempoh tahanan reman terhadapnya dan tiga suspek lain berhubung penyalahgunaan kuasa melibatkan projek infrastruktur di Sabah bernilai RM3.3 bilion dilanjutkan antara lima hari hingga tujuh hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Air Sabah diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika keluar dari Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Oktober lalu. - Foto Bernama
Selepas menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan kerana sabitan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir habis menggunakan remedi perundangan untuk memohon dibebaskan daripada pemenjaraan.
Anwar mahu Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria. - Gambar fail
Tuntutan Anwar termasuk mahu Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
RABU, 12 OKT
Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi permohonan akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.

Salah seorang penyokong Anwar Ibrahim yang hadir di mahkamah baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Berita hiburan tanahair.Penyanyi popular negara Datuk Siti Nurhaliza terus mendominasi arena muzik tanahair apabila dua albumnya menerima 7 pencalonan akhir di Anugerah Industri Muzik ke-22 yang akan berlangsung pada 18 Disember depan.

Album konsertnya di Istana Budaya Datuk Siti Nurhaliza Unplugged turut dicalonkan dalam kategori Album Terbaik. - Gambar fail
KHAMIS, 13 OKT
Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, 88, yang menerima rawatan di Hospital Siriraj, Bangkok diumumkan telah mangkat hari ini pada jam 3.52 petang waktu tempatan.
LIHAT GALERI FOTO: Mengenang Raja Bhumibol Adulyadej

Kali terakhir baginda dilihat dikhalayak ramai pada 11 Januari lepas, selepas itu baginda dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di istana dan hospital kerana pelbagai jenis penyakit dialami baginda. - Gambar fail
Di tanah air, selebriti Eusoff Mahu berikrar buka lembaran baharu. Sebaik selesai lima bulan menjalani hukuman penjara di Singapura kerana kesalahan memiliki dadah, pelakon dan penyanyi tersebut mengakui bahawa beliau kini bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Bercerita mengenai episod hitam itu, Tony, 38 tahun, berkata apa yang paling sukar ketika ini adalah untuk memaafkan diri sendiri. - Gambar fail

Siri terbaharu jenama telefon pintar Apple itu secara rasminya mula dijual di kedai-kedai telefon serta rangkaian pusat telekomunikasi di seluruh negara. - Gambar fail
JUMAAT, 14 OKT
Anakanda bongsu Sultan Selangor, Tengku Amir Shah berangkat kembali ke Istana Alam Shah di sini bagi menyempurnakan Istiadat Mengadap dan Menjunjung Duli sempena Pemasyhuran Gelaran Raja Muda Selangor.

Tengku Amir Shah memulakan istiadat dengan menjunjung duli dan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin untuk mempersembahkan cenderamata. - Gambar fail
SABTU, 15 OKT
Seorang remaja perempuan yang ingin membantu keluarganya dengan menjual nasi lemak menjadi bualan netizen di laman sosial hari ini.

Merenung masa hadapan dan apa yang menanti dirinya di masa hadapan. - Gambar Astro AWANI
Menjual nasi lemak di sebuah bank di Ampang, Selangor, kecekalan remaja ini turut mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor melalui laman Facebooknya turut berkongsi kisahnya.
AHAD, 16 OKT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan bakal melancarkan Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India pada Januari depan bagi membantu kaum India dalam aspek sosio-ekonomi.

Najib berkata pelan induk tersebut akan memberi hala tuju tentang pertumbuhan masyarakat India di negara ini. - Gambar Bernama
Dalam perkembangan lain, penyanyi Ainan Tasneem bikin panas apabila beliau secara tidak sengaja memuat naik hashtag #harap18hbniliverpoolmakanmanu bersama sekeping gambar ke akaun Instagram, lewat malam pada Sabtu.
Siasatan awal menunjukkan suspek dipercayai seorang kenalan adik perempuan mangsa.
Dalam perkembangan lain, syarikat penerbangan Jetstar dan Qantas melarang sepenuhnya penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam semua penerbangan mulai 16 Okt.
BACA: Jetstar dan Qantas haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7


Samsung Galaxy Note 7 dilarang dibawa dalam semua penerbangan berkuat kuasa 12:01 tengah malam Ahad, kata Jetstar dalam kenyataan dikeluarkan di sini, pada Sabtu. - Gambar fail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami