Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengambil sikap 'mengunci mulut' dan enggan memberi sebarang maklumat balas berhubung isu 'kartel dedak'.
Beliau berkata ia bagi menghormati arahan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan agar tiada anggota parti itu yang membawa, membincang dan membahaskan sebarang isu membabitkan urusan parti dalam semua bentuk media, berkuatkuasa serta-merta.
"Saya akur dengan larangan itu bahawa perkara berkaitan parti tidak boleh diulas buat masa ini...jadi saya tak boleh ulas lagi lah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di sini, hari ini.
Beliau juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai poster 'Kartel Dedak Pas' yang memaparkan gambar beliau bersama Ketua Penerangan Pas Nasruddin Hassan, Anggota Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Ghazali, AJK Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Pemuda Pas, Khalil Abdul Hadi.
BACA: Menantu Hadi nafi MB Terengganu dan Khalil terlibat 'kartel dedak'
Poster itu bagaimanapun disifatkan sebagai palsu oleh menantu Presiden Pas, Zaharudin Muhammad, sebaliknya Zaharudin mengaitkan poster itu dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Ditanya sama ada Ahmad Samsuri mahu membuat sebarang penafian berhubung perkara itu, beliau berkata "sama ada saya nak nafi ke atau apa-apa pun biarlah saya bercakap dengan pihak parti dulu. Biar saya tak bercakap, kunci mulut...berpuasa," katanya dengan nada bergurau kepada media.
BACA: Kenyataan Takiyuddin mengenai Anwar tidak bertanggungjawab - Mohamed Azmin
Isu itu menjadi panas apabila Zaharudin mendedahkan wujudnya 'kartel dedak' dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam Pas yang didakwa menerima dana daripada pihak tertentu.
Susulan pendedahan itu, Zaharudin yang juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas, akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2019
AHMAD SAMSURI: Saya tidak boleh ulas lagi
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.
PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.
DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.
Pembinaan ECRL Terengganu capai 86 peratus - Ahmad Samsuri
Tahap kemajuan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu mencapai 86 peratus setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Impian yang pernah disimpan Ir Ahmad Samsuri sejak darjah satu kini menjadi kenyataan.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.