KAPIT: Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Pembinaan jalan yang dibahagikan kepada tiga fasa itu bermula dari kawasan Nanga Kabah hingga seberang pekan Kapit, dengan satu jambatan akan dibina merentasi Sungai Rajang di satu lokasi di antara pekan Song dan Kapit bagi menghubungkan jalan itu dengan jalan yang sedia ada.
Jalan itu kelak akan memberi akses pengangkutan darat kepada penduduk di sepanjang Sungai Rajang yang terjejas apabila bot ekpress menghentikan operasi mereka setelah Jalan Sibu-Kapit yang sedia ada siap sepenuhnya pada Oktober 2021.
Upacara pecah tanah projek fasa 1 (Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sungai Song) telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Beguang, Song pada Jumaat.
"Projek Fasa 1 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini sepanjang 16.35km dari persimpangan Jalan Sibu-Jalan Nibong berdekatan kawasan Sungai Kabah (Kanowit) hingga ke Rumah Bukit (Song) dan menelan belanja RM145.89 juta," kata Nanta kepada pemberita selepas majlis tersebut.
Beliau berkata jalan kelikir taraf R1 yang boleh dinaik taraf di masa akan datang itu akan dibina oleh Musyati Sdn Bhd dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak sebagai agensi pelaksana dan dijadualkan siap pada 31 Mac 2027.
Menurutnya projek tersebut menurut telah dimohon sejak 2010 dan diluluskan pada 2018, namun ditangguhkan berikutan bertukarnya kerajaan.
"Dengan bermulanya pembinaan fasa 1 projek ini bermakna penantian lama rakyat di sepanjang laluan itu akan berakhir.
"Difahamkan projek ini akan diteruskan dengan fasa 2 dan fasa 3 dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan dan memberi peruntukan kerja awalan bagi pembinaan jambatan besar merentasi Sungai Rajang di antara pekan Kapit dan pekan Song," katanya.
Menurutnya kelulusan peruntukan itu telah dimasukkan untuk Pelan Boleh Pinda Kelima (RP5) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Ahli Parlimen Kapit itu turut berkata bagi melengkapi pembangunan yang dibawakan kerajaan pusat itu, kerajaan negeri melalui Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA) yang dipengerusikannya akan membina jalan yang menghubungkan kawasan Hulu Katibas, Hulu Baleh, kawasan Pelagus dan Bukit Goram.
Beliau berkata kesemua itu terkandung dalam pelan induk yang telah dirancang oleh URDA tidak kira menggunakan sumber pembiayaan daripada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Upacara pecah tanah projek fasa 1 (Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sungai Song) telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Beguang, Song pada Jumaat. - Foto KKR
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Blues Gang buat konsert 5 dekad ulang tahun
Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.
Insiden serangan: Polis siasat sama ada tindakan rambang, terancang - Saifuddin
Siasatan polis terhadap beberapa insiden yang mengancam institusi penting negara menjurus ke arah menentukan sama ada ia merupakan tindakan rambang atau terancang.
Penjajaran semula agensi bermandat bumiputera lonjak ekosistem ekonomi
Penjajaran ini dijayakan melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan prinsip kerajaan madani yang mengutamakan inklusiviti, keberkesanan, dan kelestarian.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
Untuk perincian lanjut, terus saja bersama rakan setigas, Madiha Abdullah.
40 maut akibat denggi sejak Januari lalu
Sebanyak 40 kematian direkodkan akibat wabak denggi sejak Januari lalu, meningkat 14 kes berbanding 26 yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini
Ia merangkumi pelbagai skop kerja termasuk projek bangunan dan pembinaan jalan raya membabitkan beberapa kementerian.
MDX 2023: Optimis capai sasaran baharu tawaran teknologi digital
Pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia terus menunjukkan peningkatan cemerlang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz tawaran teknologi digital telah melonjak.
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.