SHAH ALAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk lapan kontena berisi barangan buangan elektrik dan elektronik terpakai (e-sisa) di Pelabuhan Barat dekat sini hari ini.
Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar berkata serbuan hasil kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menemukan barangan elektrik dan elektronik terpakai seberat kira-kira 145.1 tan yang dibawa masuk bagi tujuan kitar semula.
"Dalam serbuan kira-kira 12 tengah hari tadi kami telah menemukan papan litar tercetak dan mesin pencetak terpakai yang dikategorikan sebagai buangan elektrik dan elektronik terpakai seberat 147,147 kilogram dan dipercayai dibawa masuk bagi tujuan kitar semula.
"Siasatan awal mendapati barangan buangan ini diimport dari Amerika Syarikat dan Hong Kong tanpa kelulusan JAS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nor Aziah berkata kesemua barangan buangan itu dipercayai akan dibawa ke beberapa premis di Lembah Klang untuk dilebur bagi mendapatkan logam berharga seperti timah dan tembaga bagi pasaran tempatan.
"Kita telah mengeluarkan notis arahan kepada syarikat pengimport untuk memulangkan kontena itu ke negara asal di bawah prosedur Konvesyen Basel berkaitan Kawalan Pergerakan Bahan Berbahaya Dan Pelupusan," katanya.
Beliau berkata JAS Selangor terus komited membanteras jenayah alam sekitar rentas sempadan dan mengelakkan negeri ini dijadikan tempat pelupusan buangan daripada negara asing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021
Siasatan awal mendapati barangan buangan ini diimport dari Amerika Syarikat dan Hong Kong tanpa kelulusan JAS.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah
Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti yang disalurkan terus ke dalam sungai.
Rompin catat IPU tidak sihat
Setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
231 stesen pengawasan pantau kualiti air di Johor
Sebanyak 231 stesen pengawasan kualiti air sungai dipasang di seluruh Johor bagi mengenal pasti tahap kualiti air.
Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi
Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.
Pengurus besar, pengurus pengeluaran kilang oleokimia ditahan cemar Sungai Tukang Batu
Mohd Famey Yusoff berkata lelaki tempatan berumur 44 dan 38 tahun itu ditahan di kilang terbabit pada 5 petang tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
Kilang sarung tangan lepas efluen biru tidak terawat ditahan operasi
Sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah Alor Setar dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Kerjasama Kerajaan Pusat, negeri tangani isu kualiti air
JAS akan memperhalusi komitmen yang turut melibatkan kerajaan negeri berkaitan isu pencemaran yang perlu dilihat secara menyeluruh.
Syarikat sarung tangan didenda RM20,000 sebabkan pencemaran air
Syarikat itu didapati bersalah melepaskan efluen perindustrian melebihi had ke dalam dalam longkang awam, tahun lepas.
Lebih 10,000 OYB dilahirkan menerusi program Pensijilan Profesional Alam Sekitar - JAS
Seramai 10,353 Orang Yang Berwibawa (OYB) telah dilahirkan menerusi program Pensijilan Profesional Alam Sekitar sehingga kini.
JAS Negeri Sembilan kesan pencemaran pelupusan haram di Port Dickson
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan pencemaran berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah, Port Dickson hari ini.