awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Muhammad Adib dijangka diterbangkan 7.30 pagi ke Kedah

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2018
21:58 MYT
Jenazah Muhammad Adib dijangka diterbangkan 7.30 pagi ke Kedah
Jenazah Muhammad Adib dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur untuk dibawa ke Lapangan Terbang Subang pagi ini, 18 Dis, 2018. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jenazah Muhammmad Adib Mohd Kassim dijangka diterbangkan ke kampung halamannya di Kedah pada kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hassan As'ari Omar berkata, bedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka selesai pada kira-kira jam 6 pagi.
Menurutnya, jenazah akan dimandi, dikafan dan disolatkan di IPFN.
Sejurus selepas itu, katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke kemudahan Airod di Lapangan Terbang Subang untuk dibawa pulang ke Kedah.
"Jenazah Muhammad Adib akan diterbangkan menggunakan helikopter dari lapangan terbang berkenaan dijangka pada 7.30 pagi nanti untuk dikebumikan di kampung halamannya," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPFN.
@501Awani "Mengikut jadual, jenazah Allahyarham Adib akan diterbangkan pada jam 730 pagi ini," Samsol Maarif Saibani, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang.#BombaHeroKami#Justice4Adib pic.twitter.com/83FPR7dtRL
— NisaKasnoon AWANI (@nisakasnoon) December 17, 2018
Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 9.41 malam tadi.
Hassan berkata apabila jenazah Muhammad Adib tiba di Kedah, akan berlangsung istiadat pengebumian kebombaan sebagai penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Anggota bomba mengadakan tahlil. Astro AWANI/NISA KASNOON
Anggota bomba mengadakan tahlil. Astro AWANI/NISA KASNOON
Sementara itu, sambil menunggu urusan bedah siasat dan mandi serta kafan selesai, anggota bomba dan penyelamat yang berada di HKL mengadakan tahlil buat Allahyarham.
@501Awani Sementara menunggu jenazah siap dimandi dan dikafankan, pasukan JBPM yang hadir mengadakan tahlil buat Allahyarham Adib.#BombaHeroKami#Justice4Adib pic.twitter.com/5As0aGybbn
— NisaKasnoon AWANI (@nisakasnoon) December 17, 2018
Turut kelihatan hadir di HKL ialah tunang arwah, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25 tahun. Mengikut perancangan asal, mereka akan mengadakan majlis perkahwinan pada Sabtu, 22 Disember ini.
@501Awani Sayu. Tunang Allahyarham Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi ditenangkan oleh salah seorang anggota JBPM di perkarangan IPFN. Kredit foto: @shahirom #BombaHeroKami #Justice4Adib pic.twitter.com/H3FrF19T4w
— NisaKasnoon AWANI (@nisakasnoon) December 17, 2018
Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Allahyarham ketika itu menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.
Susulan kematian anggota bomba berusia 24 tahun itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata kes itu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Topic Berkaitan
#bomba
#helikopter
#jenazah
#kampung halaman
#meninggal dunia
#Muhammmad Adib Mohd Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan