KUCHING: Kabinet Sarawak yang diumumkan baru-baru ini bukanlah bersifat statik yang tidak boleh diubah, kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Openg.
Abang Johari berkata beliau bersedia melakukan sebarang perubahan kepada barisan Kabinet negeri itu mengikut keperluan serta keadaan semasa.
"Sudah tentu Kabinet ini tidak statik, ia akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan tertentu.
"Kami akan menyelaraskan semula (Kabinet) dengan apa yang harus kami laksanakan (pada masa itu) tetapi apa yang penting kami kena laksanakan janji," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis malam apresiasi petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) di sini, malam tadi.
Pada 30 Dis lalu, Abang Johari mengumumkan senarai Kabinet baharu negeri Sarawak yang terdiri daripada 10 Menteri dan 26 Menteri Muda.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata pemilihan barisan Kabinet itu dibuatnya selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuk faktor komposisi parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), kawasan serta etnik.
"Kami ada 34 perkara dalam manifesto pilihan raya GPS yang harus kami laksanakan. Sebab itu dalam menubuhkan Kabinet ini, kami juga ambil kira bagaimana kami boleh sama-sama tunaikan janji ini," katanya.
GPS yang diterajui Abang Johari memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak 18 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Abang Johari (tengah) bersama barisan para pemimpin parti komponen GPS memotong pulut kuning sempena Malam Apresiasi Petugas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, malam tadi. -- fotoBERNAMA
Mufti Besar Arab Saudi beri amaran tentang haji tanpa permit
Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi menyeru semua jemaah haji tahun 1445H untuk mematuhi arahan keselamatan dan rasmi dengan ketat.
Israel kesan nyamuk pembawa virus Nil Barat
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Alam Sekitar Israel mengumumkan pada Jumaat pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat.
AWANI Ringkas: Segera periksa lebuh raya retak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lawatan rasmi Johari perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama Parlimen Malaysia-Jepun
Lawatan rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun dilihat berjaya memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia-Jepun.
Kementerian Pengangkutan terima set pertama ETS3
Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, semalam.
Rasuah rumah urut: Timbalan Pengarah PBT antara 4 direman
SPRM menahan reman tiga penjawat awam dan seorang bekas penjawat awam kerana dipercayai menerima rasuah secara bulanan.
Suspek pecah masuk rumah pemain Selangor FC turut sasar kediaman lain
Suspek yang memecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee di Shah Alam baru-baru ini dipercayai tidak hanya menyasarkan kediaman atlet itu.
Detik-detik semasa Euro 2020, Ronaldo pernah cetus kontroversi
Cristiano Ronaldo, selain bakat bola sepaknya yang mengagumkan dia juga mencuri tumpuan apabila menolak botol Coca-Cola semasa sidang media.
Bintang 'Lost', 'Ant-Man' Evangeline Lilly ucap selamat tinggal
Aktres Evangeline Lilly mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Hollywood dan memberitahu 'mungkin kembali suatu hari nanti'.
Keterangan tidak konsisten antara faktor reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung - Polis
Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.