KUALA LUMPUR: My E.G. Services Bhd (MyEG) diberikan lanjutan selama dua tahun oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi perkhidmatan berkaitan imigresen, dan anggaran nilai bagi lanjutan itu bergantung kepada bilangan transaksi yang dilakukan dalam tempoh tersebut.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, MyEG menjelaskan sebagai sebahagian daripada keperluan berdasarkan lanjutan itu, pihaknya perlu menyiapkan peningkatan sistem.
"MyEG akan menerima semula permohonan bagi perkhidmatan berkaitan imigresen selepas penambahbaikan sistem ini selesai, dan syarikat akan mengumumkan tarikhnya dalam masa terdekat," tambah MyEG.
Perjanjian bagi lanjutan itu akan ditandatangani kemudian, menurutnya.
"Lembaga pengarah berpendapat lanjutan itu adalah demi kepentingan syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 dan seterusnya," tambahnya.
Dalam kenyataan berasingan, MyEG mengumumkan pelancaran Tawaran Awal Bursa (IEO) oleh Zetrix di bursa mata wang kripto, Coinstore, dari 18 hingga 26 Okt, 2023.
Zetrix, satu inisiatif oleh MyEG, adalah Lapisan 1 infrastruktur blockchain awam yang memanfaatkan blockchain dan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasakan kerajaan serta perusahaan dalam mendigitalkan perdagangan global.
Beliau berkata secara asasnya, langkah itu membolehkan pengguna Zetrix mengakses secara eksklusif dan langsung kepada ekonomi digital China bernilai 50.2 trilion yuan (RM32.5 trilion).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MyEG menjelaskan sebagai sebahagian daripada keperluan berdasarkan lanjutan itu, pihaknya perlu menyiapkan peningkatan sistem. - Gambar fail/MyEG
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
MyEG dan subsidiari dapat kontrak lanjutan tiga tahun JPJ
Kontrak lanjutan itu akan bermula 23 Mei tahun ini sehingga 22 Mei 2026.
KDN beri MyEG lanjutan dua tahun bagi perkhidmatan berkaitan imigresen
MyEG diberikan lanjutan selama dua tahun oleh KDN bagi perkhidmatan berkaitan imigresen.
Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG
MyEG Services Bhd menjelaskan perkhidmatan yang boleh didapati di platform dalam taliannya adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.
Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.
Untung bersih MyEG meningkat kepada RM398.70 juta pada tahun kewangan 2022
Perolehan MyEG susut 10.11 peratus kepada RM651.18 juta daripada RM724.41 juta sebelum ini berikutan permintaan yang rendah.
Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas
MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar.
MyEG meterai perjanjian bagi miliki, kendali Xinghuo BIF International Supernode
Dengan teknologi dan keupayaan perkhidmatan awamnya, Xinghuo BIF akan menyediakan perkhidmatan blockchain kepada negara ASEAN.