PASIR MAS: Kelantan dijangka tidak mengalami banjir besar seperti yang pernah dialami pada tahun 2014 dalam tempoh musim tengkujuh kali ini, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata ia berikutan jumlah taburan terkini hujan dicatatkan di negeri itu ialah sebanyak 1,825mm atau 68 peratus daripada jumlah purata hujan tahunan sebanyak 2,700mm.
"Dalam laporan terakhir yang dimaklumkan kepada saya Jumaat lepas, berdasarkan taburan hujan sedia ada Insya-Allah tidak akan membawa banjir besar.
"Bagaimanapun kita telah sedia membuat persiapan, berusaha dan berdoa kepada Allah SWT kerana antara bumi dan langit itu milik Allah. Kita berusaha untuk mengelak kerosakan besar, seperti yang saya maklumkan tadi taburan hujan tahun ini kemungkinan tidak berlaku banjir besar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Pelaksanaan Segera bagi Menangani Bencana Runtuhan Tebing Sungai di Kampung Pohon Celagi, di sini hari ini.
Mengulas mengenai kerja-kerja penstabilan tebing sungai di Kampung Pohon Celagi, Tuan Ibrahim berkata projek yang bermula pada Ogos lalu kini sudah mencapai kemajuan sebanyak 42.65 peratus berbanding 38.5 peratus mengikut jadual yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Kelantan dijangka tidak mengalami banjir besar seperti yang dialami pada 2014 dalam tempoh musim tengkujuh kali ini. - Gambar hiasan
Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.
[TERKINI] Reaksi peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional
Bersama kita di dalam talian Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid, untuk memberi pandangan secara terus berkenaan dengan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
[TERKINI] Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim & Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hadir ke Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategy [NACS]) Anjuran SPRM di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Apple sedang bangunkan cip kendiri untuk jalankan perisian AI
Cip AI kendiri ini akan digunakan di pusat data Apple dengan ini
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
AWANI Ringkas: Proton catat pertumbuhan 17.1% untuk April
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
Elaun guru Pasti: Pas buka ruang penambahbaikan
Tekanan dibuat terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak kebelakangan ini tidak sesekali melunturkan semangat kepimpinan dan ahli Pas.
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
Tuan Ibrahim berkata, perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kerajaan Malaysia sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing.
PN sokong penuh usaha pinda Perlembagaan angkat bidang kuasa Mahkamah Syariah - Tuan Ibrahim
Usaha untuk memperjuangkan kedudukan hukum syarak tidak seharusnya menimbulkan perpecahan atau dipolitikkan.
Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam
Tuan Ibrahim berkata, DAP sekali lagi menunjukkan taring apabila mengeluarkan kenyataan yang mencampuri urusan agama Islam.
Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim
Pas nyatakan kebimbangan berhubung kenyataan Dr Zaliha berhubung untuk membuka laluan perbincangan bagi pelaksanaan Pilihan Raya PBT.
Jangan buka ruang perbincangan Pilihan Raya PBT dikembalikan - Tuan Ibrahim
Seharusnya Pilihan Raya PBT tidak diberikan perhatian oleh Zaliha kerana agenda kesejahteraan rakyat bandar perlu menjadi fokus utama.
Poligami bukan ajaran Pas, Tuan Ibrahim bidas MP Bayan Baru
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, dalam hal berpoligami, perkara tersebut dibenarkan oleh syarak dan Islam, dengan syarat tertentu serta pematuhan terhadap aspek undang-undang.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Pas persoal tindakan Perak eksport REE
Pas mempersoalkan tindakan kerajaan Perak yang mengeksport unsur nadir bumi (REE) sedangkan kerajaan melarang sebarang eksport berkaitan sumber bahan mentah yang bernilai tinggi itu.