awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan ujian saringan COVID-19 MB Perak dijangka diketahui esok

Aida Aziz
Aida Aziz
29/04/2021
09:36 MYT
Keputusan ujian saringan COVID-19 MB Perak dijangka diketahui esok
Sebagai langkah berjaga-jaga, Datuk Saarani Mohamad juga telah melakukan ujian saringan pengesanan COVID-19 pada pukul 2.30 petang Khamis dan keputusan dijangka diketahui esok. - Gambar fail
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dijadual kembali bertugas pada 4 Mei ini sebaik selesai menjalani proses kuarantin selama 11 hari setelah dikesan sebagai kontak rapat kepada individu yang disahkan positif COVID-19.
Beliau menjadi antara kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri sebuah program di Lenggong, Perak pada 23 April lalu.
Difahamkan, individu berkenaan telah disahkan positif COVID-19 pada Selasa lalu dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menghubungi kontak rapatnya bagi tindakan lanjut.
Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, Menteri Besar telah diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 11 hari iaitu dari hari kontak rapat berlaku dan dipakaikan gelang pengawasan.
"Sehubungan itu, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman rasmi Menteri Besar dan akan mendapatkan nasihat daripada pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa," kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak pada Khamis.
Kenyataan itu turut menyebut, sebagai langkah berjaga-jaga, Menteri Besar juga telah melakukan ujian saringan pengesanan COVID-19 pada pukul 2.30 petang Khamis dan keputusannya dijangka diketahui esok.
"Kesemua program rasmi Menteri Besar yang dijadual sehingga 3 Mei adalah dibatalkan dan beliau dijangka memulakan semula tugas pada 4 Mei ini, tertakluk kepada nasihat KKM dan MKN.
"Perkembangan ini tidak menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri memandangkan Menteri Besar akan bekerja dari rumah dan bersedia mempengerusikan mesyuarat secara sidang video jika perlu,'' ujar kenyataan itu lagi.
BACA: Keputusan ujian saringan COVID-19 MB Perak dijangka diketahui esok
Topic Berkaitan
#MB Perak
#Menteri Besar
#Perak
#ujian saringan
#COVID-19
#kuarantin
#Pemerhatian di Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan