KUANTAN:Kerajaan Persekutuan bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan negeri Pahang berjumlah RM2.1 bilion selepas Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Pahang.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia membabitkan pinjaman bekalan air luar bandar berjumlah RM1 bilion dan 'novasi' pinjaman kerajaan Pahang, kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjumlah RM1.1 bilion.
Dengan menghapuskan kira pinjaman tersebut, ia dapat membantu Pengurusan Air Negeri Pahang (PAIP) menambah baik kecekapan operasinya serta berupaya memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti.
"Isu ialah syarikat-syarikat air mempunyai kekangan kewangan bagi memberi keperluan dan menyempurnakan keperluan. Oleh itu, antara isunya ialah hutang kerana pada tempoh hari, kita sudah menghapus kira-kira hutang luar bandar RM1 billion dan novasi kepada PAAB sebanyak RM1.1 billion.
“Ia bermakna Pahang dari segi bebanan hutang itu sudah diambil alih RM2.1 billion keseluruhan dengan tandatangan perjanjian ini. PAIP boleh bergerak ke hadapan untuk melihat persiapan persiapan keperluan pada masa depan.
“Yang kedua, kita bagi tempoh untuk bayar balik selama 45 tahun, tetapi dalam masa lima bulan ini, dia tidak perlu bayar. Ini bermakna dia masih perlu susun dan kita yakin selepas itum dia mampu untuk menjelaskan hutang kepada PAAB,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang pada Rabu.
Tambah Tuan Ibrahim, sehingga kini lapan negeri yang sudah menyempurnakan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Pahang.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
Astro Awani
Wed Dec 23 2020
TUAN IBRAHIM: Ia bermakna Pahang dari segi bebanan hutang itu sudah diambil alih RM2.1 billion keseluruhan dengan tandatangan perjanjian ini. - Gambar fail
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Syarikat gergasi EV dari China lancar model baharu di Mexico
Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China berkata, syarikat itu tidak pernah mengintai peluang memperluaskan pasarannya ke Amerika Syarikat. Ia dibuktikan apabila syarikat itu melancarkan Shark, sebuah trak pikap elektrik hibrid bersaiz sederhana, di Mexico.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin
Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada 2022 hingga hujung 2023.
Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang - PM
Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan projek-projek berkenaan.
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Nik Nazmi.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024
Pahang menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan.
Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 27 malam ini
Sebanyak 27 mangsa banjir daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, Pahang, setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Terengganu terus menurun, Pahang, Johor kekal malam ini
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menurun manakala Pahang dan Johor pula kekal dengan jumlah keseluruhan seramai 524 orang.