KUALA LUMPUR:Jumlah kes baharu positif COVID-19 di negara ini terus kekal tiga angka apabila sebanyak 293 kes direkodkan pada Ahad.

Ini lima tumpuan kenyataan media COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

1. 293 kes baharu yang telah dilaporkan iaitu 292 kes tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

2. Daripada 292 kes tersebut, sebanyak 30 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

3. Kes penularan COVID-19 dalam negara melibatkan 126 kes (Sabah), 113 kes (Kedah), 31 kes (Selangor), 8 kes (Johor), 5 kes (Wilayah Persekutuan Labuan), masing-masing 2 kes (Kuala Lumpur, Perak, dan Negeri Sembilan) serta masing-masing 1 kes (Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak).

4. Tiada kes kematian baharu melibatkan  COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 137 kes (1.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

5. Dua kluster baharu dikenal pasti iaitu Kau Sing, Sabah dan Kluster Embun, Selangor.

BACA: COVID-19: 293 kes baharu, 67 pulih, tiada kes kematian