KUALA LUMPUR: Menekankan pentingnya reformasi tatakelola bagi menangani pembaziran peruntukan dana awam, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan ketirisan dana awam.
Perdana Menteri berkata beliau tidak mahu soal rasuah dan tatakelola diremehkan kerana ia boleh menyebabkan kerugian kepada dana awam, seperti yang sering ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum ini.
"Pengalaman-pengalaman (salah guna kuasa dan ketirisan) ini kita harus ambil kira dan kita tegaskan tak boleh berulang... sebab itu kita putuskan untuk ambil tindakan sebaik sahaja ia disahkan.
"Pegawai, pengurus atau menteri atau siapa sahaja yang bertanggungjawab harus dikenakan tindakan, ini termasuk juga pengurusan dana syarikat kerajaan yang kurang memuaskan," kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata kerajaan telah melalui beberapa pengalaman, termasuk teguran pengauditan berhubung perolehan seperti yang dilaporkan dalam LKAN dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), umpamanya kegagalan 104 ventilator berfungsi daripada 136 yang diperoleh semasa pandemik COVID-19 dan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin tamat tarikh luput.
Selain itu, beliau berkata taklimat oleh Ketua Audit Negara berhubung hasil pengauditan terkini menunjukkan penemuan utama adalah kerugian wang awam hampir RM700 juta, antaranya melibatkan pengurusan program penanaman padi negara, pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan kawal selia senjata api di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, Anwar berkata perkara itu telah ditugaskan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jawatankuasa yang dibentuk.
"...seperti mana kita lakukan ketika zaman Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) ada libat urus, runding ada parameter, kita runding, kita teruskan. Saya tidak beranjak daripada pendirian itu. Soal nak kata zalim, maknanya kerajaan dulu zalimlah, tak bagi (peruntukan).
"Larut (Datuk Seri Hamzah Zainudin) pun tahu, bincang, kalau munasabah, kita lulus tak ada masalah, kata tak ada peruntukan tak betul, peruntukan Ahli Parlimen itu keputusan kemudian, bukan hak, haknya beri peruntukan cukup pada rakyat, bukan Ahli Parlimen, wakil rakyat ada hak dia, ada gaji ada elaun," katanya.
Mengulas celahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) berkaitan pelarasan pencen tentera, Anwar berkata kajian telah dilakukan bersama sekretariat Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melihat penyelarasan menyeluruh termasuk veteran tentera berpencen.
"Jadi beri saya sedikit lagi waktu, saya beri jaminan saya tidak mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketepikan permohonan mana-mana pihak, kita minta bersama KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) buat kajian menyeluruh bagi pastikan tiada satu pun tertinggal," katanya.
Mengenai penggunaan bahasa Melayu bagi surat rasmi, Anwar menjelaskan bahawa perkara itu hanya dikuatkuasakan terhadap jabatan dan syarikat tempatan manakala syarikat antarabangsa diberi pengecualian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Tindakan tegas sewajarnya akan diambil terhadap portal salah lapor titah Sultan Pahang - Fahmi
Fahmi berkata, siasatan terperinci dan tindakan tegas yang sewajarnya akan diambil terhadap portal berkenaan.
Isu stoking: Pihak berkuasa digesa ambil tindakan tegas - Pemangku Sultan Johor
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
KPKT batal 26,108 lesen peniaga kerana langgar syarat
PBT tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran yang jelas terhadap syarat lesen yang dikeluarkan.
Majikan abai 93 pekerja Bangladesh berdepan tindakan tegas
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat Pembinaan Ricoler Sdn Bhd kerana mengabaikan 93 pekerja asing warga Bangladesh yang dibaw
Tindakan tegas terhadap penjaja eksploitasi tapak bazar Ramadan
Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Cuepacs mahu tindakan tegas diambil terhadap dalang fitnah KSN
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata ini kerana fitnah yang tular di media sosial boleh memberi implikasi negatif terhadap institusi perkhidmatan awam dan menjejaskan kepercayaan kepada kerajaan.
Proses, edar ketum: Empat anggota polis ditahan kerja
Ketua Polis Kuala Lumpur berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kegiatan anggota berkenaan.
Jemaah Menteri kutuk serangan ke atas rumah Ahli Parlimen Beruas
Jemaah menteri juga mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak cuba untuk menghasut rakyat membuat tindakan yang melanggar undang-undang.