KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menasihatkan semua kontraktor untuk sentiasa memastikan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) masih di dalam tempoh sah pendaftaran.
Ia perlu diaktifkan sebelum melakukan sebarang aku janji, menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan pendakwaan.
Menerusi satu kenyataan, CIDB berkata, terbaharu syarikat Coolcare (M) Sdn. Bhd. yang melakukan kerja-kerja pembinaan di Selangor telah dikenakan denda sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menjalankan kerja pembinaan tanpa memiliki PPK yang dikeluarkan oleh CIDB.
"Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) Seksyen 25, semua kontraktor pembinaan samada tempatan atau asing dikehendaki berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB sebelum mengaku janji, menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia.
"Pelanggaran Seksyen tersebut menyebabkan kontraktor boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 oleh mahkamah," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan statistik sepanjang tahun 2023, CIDB telah merekodkan sebanyak 1,359 kompaun yang dikenakan terhadap kontraktor berkaitan kesalahan pendaftaran kontraktor dan pelbagai kesalahan lain di bawah Akta 520 seperti kegagalan mengisytihar projek, pembayaran levi, berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan dan melantik pekerja yang tidak diakreditasi.
Manakala lima kontraktor daripada jumlah tersebut telah dikenakan tindakan mahkamah setelah gagal menyelesaikan kompaun yang dikenakan kepada mereka.
Selain itu, bagi kes pelanggaran tanggungjawab kontraktor, CIDB telah membawa sejumlah 153 kontraktor berdaftar ke prosiding tatatertib kontraktor yang boleh membawa kepada hukuman gantung atau batal pendaftaran.
Perakuan pendaftaran kontraktor boleh dibuat di cims.cidb.gov.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di talian 03-5567 3300.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Mar 11 2024
Berdasarkan statistik sepanjang tahun 2023, CIDB telah merekodkan sebanyak 1,359 kompaun yang dikenakan terhadap kontraktor berkaitan kesalahan pendaftaran kontraktor dan pelbagai kesalahan lain di bawah Akta 520. - Gambar hiasan
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor
Dua badan bukan kerajaan mengenai alam sekitar iaitu Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Shah Alam Community Forest Society (SACF) akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pemaju
PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor
Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, tiga perkara yang diumumkan Perdana Menteri melegakan usahawan kontraktor di negara ini.
Kontraktor ingkar SOP MKN boleh dibatalkan pendaftaran - CIDB
Kontraktor yang didapati ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan COVID-19 boleh diambil tindakan termasuk dibatalkan pendaftaran.
JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) dalam peringkat akhir kajian bagi mewajibkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Industri Pembinaan (Pengurusan)2017
Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan
Setakat ini kerajaan hanya mewajibkan kontraktor warga asing sahaja menjalani ujian saringan bagi mengawal penularan COVID-19.
PKBM cadang saringan kesihatan kontraktor dibuat oleh konsortium diluluskan KKM
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan Kontraktor kelas G1 dan G2 menyambung semula kerja pengubah suaian rumah
PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan
Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kontraktor tersebut perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk kebenaran beroperasi daripada MITI.
Kerajaan percepat pelaksanaan projek skala kecil - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan dokumentasi projek dan proses cabut undi dalam talian terutama bagi projek berskala kecil yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.